Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah

September 28, 2022 · Isu semasa

Pakar motivasi yang juga saksi pertama pendakwaan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, memaklumkan dirinya ada mencadangkan supaya pengadu wanita kes itu membuat laporan polis di Sabah.

Bagaimanapun, Mohd Fairuz Abu, menyatakan keputusan membuat laporan polis di Bukit Aman adalah pilihan pengadu sendiri selepas membuat perbincangan dengan suaminya.

“Ia datang daripada pihak pengadu sendiri dan suami sebabnya seperti yang saya sebutkan semalam,” katanya menurut BH.

Bagaimanapun saksi itu berkata pengadu memberitahu dia takut membuat laporan polis di Balai Polis Tenom disebabkan ada saudaranya yang bertugas di balai berkenaan.

“Tenom ini sebuah daerah kecil dan ramai orang boleh tahu kalau dia buat ‘report'(laporan polis),” katanya ketika prosiding hari kedua berkaitan perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah itu.

Mohd Fairuz berkata demikian menjawab soalan peguam, Ram Sigh, pada sesi pemeriksaan balas, di sini, hari ini.

Perbicaraan bagi sesi pagi berkaitan kes gangguan seksual dihadapi Ebit ditangguh 12.30 tengah hari tadi dan disambung semula jam 2.30 petang.

Terdahulu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Tenom kira-kira jam 10.15 pagi dengan menaiki pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser warna hitam, selain diiringi beberapa kenderaan lain.

Ebit menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita tahun dengan menghantar gambar dan perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok