Rakyat Malaysia yang berada di India akan dibawa pulang

May 6, 2021 · Isu semasa

Satu misi khas membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di India akan dilaksanakan, ia termasuk termasuk petugas (home based staff) pelbagai agensi serta tanggungan mereka yang berada di wilayah utara dan barat India.

Misi tersebut akan dikendalikan oleh dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan itu akan menggunakan pesawat sewaan khas dari Malaysia, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Pesawat itu akan berlepas ke New Delhi dan Mumbai, India dalam masa terdekat sebaik sahaja urusan berkaitan termasuk kelulusan penerbangan daripada Kerajaan India diperolehi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin menegaskan keputusan itu dibuat secara bersama melibatkan pelbagai agensi selain mengambil kira maklumat hasil pemerhatian dan analisa oleh pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di India.

Rakyat Malaysia yang dibawa pulang menerusi misi itu diwajibkan menjalani ujian COVID-19 sebelum berlepas dari India dan sebaik tiba di Malaysia.

“Selain itu, mereka juga wajib menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Hishammuddin berkata rakyat Malaysia di wilayah-wilayah utara dan barat India yang berhasrat menyertai misi itu dinasihatkan agar mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai melalui e-mel [email protected] atau [email protected] selewat-lewatnya pada 5 petang 7 Mei (Jumaat) waktu India.

Beliau turut mengingatkan semua rakyat Malaysia di India khususnya di wilayah utara dan barat agar sentiasa berhubung dengan pihak suruhanjaya tinggi dan konsulat jeneral bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan misi itu atau bagi mendapatkan sebarang bantuan konsular.

Hishammuddin menjelaskan, misi repatriasi itu tidak melibatkan wilayah selatan dan timur India memandangkan situasi di wilayah-wilayah berkenaan masih terkawal.

Tambahnya Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai akan terus memantau situasi di wilayah-wilayah berkenaan dan membuat penilaian berterusan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di sana terus dijaga.

“Misi repatriasi ini merupakan usaha dan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa dilindungi,” katanya.

Hishammuddin berkata misi yang sama pernah dilaksanakan semasa penularan pandemik COVID-19 tahun lepas melibatkan repatriasi rakyat Malaysia dari Wuhan, China, Iran dan Itali.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok