Semua tunggu Covid-19 reda, tapi UMNO nak PRU cepat: Rosol

May 6, 2021 · Politik

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Rosol Wahid hairan dengan sikap UMNO yang mengatakan sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa walhal situasi pandemik Covid-19 masih belum reda.

Rosol berkata mungkin UMNO satu-satunya parti yang sudah berada pada tahap persediaan yang tinggi untuk menang pilihan raya umum (PRU), bagaimanapun ketika ini isu kesihatan dan kebajikan rakyat adalah keutamaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang perlu dibela.

“Rata-rata parti politik seperti DAP, PKR serta Amanah masih belum bersedia untuk berdepan PRU-15, hanya UMNO yang mahukan PRU dan kita tidak tahu apa nawaitu dia (UMNO),” katanya dipetik portal.

Rosol juga menyokong cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya sesuai diadakan pada 2023 mengambilkira keadaan yang sedang dihadapi negara ketika ini.

“Apa yang dikatakan Tun memang wajar kerana kita sekarang sedang berdepan dengan sesuatu yang lebih penting iaitu kesihatan dan Covid-19 yang belum pulih,” ujarnya lagi.

Dr Mahathir menyifatkan langkah untuk mengadakan PRU tidak kena pada masa, malahan sekiranya darurat ditamatkan sekalipun ia tidak wajar diadakan memandangkan virus membunuh tersebut bukan perkara yang boleh diambil mudah kerana pelbagai varian baharu sudah muncul dan ia boleh berkembang.

“Saya fikir kalau nak buat pilihan raya waktu ada Covid-19, kita akan lihat perkembangan (jangkitan). Sebab itu (walaupun) selepas tamat darurat, tidak boleh diadakan pilihan raya. Kena tunggu mungkin sampai tarikh 2023,” katanya.

UMNO sebelum ini semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 hujung Mac lalu memberi tekanan kepada kerajaan PN dengan menarik balik sokongan mereka serta mendesak supaya PRU diadakan segera walaupun ketika negara sedang bergelut berdepan krisis ketika ini.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok