Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu

September 26, 2022 · Politik

Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali yang sebelum ini mengumumkan keluar PAS berkata hanya akan membuat keputusan menyerti parti baharu selepas Parlimen dibubar.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mengesahkan masih mahu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) tetapi keputusan muktamad sama ada menjadi calon bebas atau bertanding atas tiket parti baharu hanya akan diputuskan apabila tiba masanya selepas Parlimen dibubar.

“Buat masa ini, saya masih belum memuktamadkan lagi langkah seterusnya untuk PRU-15, tumpuan adalah berkhidmat kepada rakyat kerana itu amanah dan tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus tanpa mengira warna parti.

“Apabila sampai masanya nanti saya akan umumkan apakah tindakan saya sama ada bertanding sebagai calon Bebas atau mewakili mana-mana parti, tunggu sehingga kerajaan membubarkan Parlimen, baru saya sedia maklumkan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu juga berkata setakat ini masih belum membuat keputusan untuk masuk semula PAS walaupun timbul spekulasi mengatakan bakal sertai parti tersebut.

“Macam (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad pun pernah keluar masuk UMNO, tak ada masalah. Kalau saya nak masuk semula ke dalam PAS, saya kena buat surat permohonan baharu dan kelulusannya bergantung kepada pucuk pimpinan parti.

“Namun, itu semua belum difikirkan lagi kerana seperti saya tegaskan tumpuan dan fokus utama saya ketika ini hanya untuk rakyat di Parlimen Kuala Nerus dan yang lain berkaitan bertanding atau tidak, biarlah rahsia sehingga Parlimen bubar nanti,” katanya lagi.

Namun, Khairuddin mengakui masih sayangkan PAS walaupun sudah membuat keputusan meninggalkannya.

“Jauh di sudut hati, memang saya masih sayangkan PAS kerana saya membesar dengan PAS, ia medan dakwah sejak berusia 16 tahun dan saya telah berada dalam PAS selama 33 tahun.

“Keputusan untuk saya berhenti dibuat penuh beradab, ada sebab-sebabnya, tak apa lah mungkin platform ini tak sesuai dengan saya, mungkin saya akan pergi platform lain tapi saya akan saya kekalkan hubungan baik dengan Pas demi Islam,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok