‘Dine in’ bahaya jika dibenarkan juga semasa PKP, kata Annuar

May 6, 2021 · Isu semasa

Kementerian Wilayah Persekutuan memutuskan tidak membenarkan sebarang aktiviti ‘dine-in’ (makan dalam restoran) di Kuala Lumpur sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan memandangkan ia berisiko tinggi dan boleh menjadi punca kepada penularan Covid-19.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

“Kita dapat banyak permohonan untuk mengekalkan ‘dine in’ tetapi setelah berbincang panjang lebar dengan laporan termasuk yang dibentangkan oleh ketua pengarah kesihatan, di mana antara insiden jangkitan paling banyak berlaku adalah di restoran melalui amalan dine in jadi untuk tujuan PKP selama dua minggu ini tidak dibenarkan bermula esok sehingga 20 Mei,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah dan mukim di Terengganu, Johor dan Perak akan diletakkan di bawah PKP bermula esok hingga 20 Mei.

Katanya lagi, perniagaan restoran, kedai, gerai makan , peniaga kendera saji (food truck), penjaja di tepi jalan, penjaja yang beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai-gerai makan di tepi jalan serta kiosk dibenarkan untuk terus beroperasi di Kuala Lumpur.

“Mereka ini boleh berniaga dalam tempoh antara jam 6 pagi sehingga 12 malam dalam tempoh bulan Ramadan ini,” jelasnya.

Dalam pada itu bazar Ramadan katanya, dibenarkan untuk terus beroperasi cuma hanya dalam tempoh lima jam iaitu dari pukul 3 petang sehingga 8 malam.

“Sementara bazar Aidilfitri boleh dibuka selama 12 jam bermula jam 10 pagi sampai 10 malam,” katanya.

Selain Kuala Lumpur dine in juga tidak dibenarkan di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata dine in tidak dibenarkan kerana pemantauan mendapati lokasi-lokasi itu menjadi punca perkumpulan.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Zahid patut malu duduk di UMNO, hati di PKR-DAP : Annuar
August 7, 2023· Politik
Takut hilang sokongan, Asyraf kata UMNO tak pecat ahli sertai MN, PAS
August 5, 2023· Politik
UMNO Ketereh lumpuh selepas ahli umum keluar parti, termasuk anak Annuar
August 4, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok