Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang

September 25, 2022 · Politik

Kalangan mereka yang membuat kenyataan mendakwa orang Melayu gagal memerintah negara perlu disekolahkan kerana mereka buta sejarah, kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, pihak sedemikian walaupun mempunyai ilmu tetapi hanya dalam satu aspek saja seperti ilmu undang-undang, sedangkan mereka sebenarnya ibarat orang buta yang cuba mengenali gajah

“Mereka membuat kenyataan laksana kumpulan orang buta yang mahu mengenali gajah dengan meraba-raba salah satu anggotanya sahaja, tanpa melihat seluruh jasad gajah yang besar. Lalu, dinyatakan rupa bentuk gajah dengan keterangan yang salah dan penuh pembohongan.

“Kenyataan mereka itu menyentuh soal perkauman dan sensitiviti kaum, tanpa mengira kaum yang sangat berperikemanusiaan dan berbudi bahasa kepadanya. Seolah-olah telah lupa terhadap bangsanya sendiri yang pernah dizalimi, ketika diangkut oleh penjajah dan diperhambakan di tapak lombong dan ladang-ladang.

“Malah, bangsanya juga pernah dikerah menjadi tentera yang berperang bagi pihak penjajah. Namun, kini mereka diberikan taraf kewarganegaraan, bukannya menumpang atau dihalau pulang ke negara asalnya,” katanya dalam kenyataan hari ini (25 September 2022).

Menurutnya Islam telah memperkasakan bangsa dalam rumpun Melayu di Nusantara, sehingga berjaya menegakkan beberapa kerajaan yang bertamadun sebelum kedatangan golongan penjajah.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata kesan daripada pengaruh Islam inilah yang membolehkan orang seperti bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas menjadi rakyat Malaysia.

“Jawaharlal Nehru ialah seorang tokoh yang lebih besar daripada Tommy Thomas, tidak lupa untuk menyebutkan pengaruh Islam yang positif kepada masyarakat India dalam bukunya, Discovery of India.

“Thommy Thomas yang dikatakan seorang pakar undang-undang masih belum memberikan penjelasan sikapnya ketika menjadi Peguam Negara terhadap proses pengampunan pemimpin PH, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan terhentinya perbicaraan mahkamah kes rasuah Lim Guan Eng yang masyhur itu, serta terhadap ulasan Tun Abdul Hamid (Mohamad – bekas Ketua Hakim Negara) dan tulisan saya.

“Tiba-tiba meletup kenyataan politik Melayu yang dikatakan sangat lemah, maka inilah taraf bekas Peguam Negara yang dilantik oleh Kerajaan PH,” katanya lagi.

Beliau juga mengingatkan bahawa kerajaan Melayu jatuh apabila pegangan terhadap Islam lemah, sehinggakan mereka berpecah-belah.

Abdul Hadi juga berkata kelemahan yang dialami oleh Barisan Nasional (BN) sehingga kalah pada PRU-14 tidak boleh diletakkan kepada UMNO sahaja, malah, sepatutnya diletakkan juga ke atas parti kaum bukan Melayu seperti MCA dan MIC.

Kenyataan penuh

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok