Hakim baharu akan dengar saman 1MDB terhadap Deutsche Bank, enam pihak lain

September 23, 2022 · Isu semasa

Kes saman difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap tujuh pihak termasuk dua syarikat perbankan di luar negara akan didengar oleh hakim yang baharu.

Seorang peguam dari Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership ketika dihubungi pemberita mengesahkan bahawa pada pengurusan kes hari ini secara dalam talian, Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain memaklumkan bahawa beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan, lapor Bernama.

“Kes itu akan dipindahkan ke mahkamah lain dan tarikh pengurusan kes selanjutnya akan ditetapkan kelak,” katanya.

Difahamkan Roz Mawar sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan dan Penguatkuasaan Sivil Suruhanjaya Sekuriti Malaysia iaitu antara agensi yang terlibat dalam siasatan 1MDB.

Pada 7 Mei tahun lepas, 1MDB selaku plaintif memfailkan saman bernilai US$1.83 bilion terhadap ketujuh-tujuh defendan, antaranya atas dakwaan melanggar kontrak, cuai dan melakukan konspirasi jenayah bagi penyelewengan dana 1MDB.

Dalam saman itu, 1MDB menamakan Deutsche Bank (Malaysia) Bhd; syarikat perbankan Coutts & Co Ltd dan J.P. Morgan (Switzerland) Ltd; dua syarikat yang diperbadankan di Arab Saudi iaitu Petrosaudi International Limited dan Petrosaudi Holdings (Cayman) Limited, serta dua individu masing-masing warga Arab Saudi, Tarek Obaid dan warga Britain Patrick Mahony.

Plaintif mendakwa kesemua defendan antara lain berkonspirasi untuk menipu, membantu secara tidak jujur dan menyebabkan kerugian dan kerosakan terhadap 1MDB, serta menjejaskan reputasi dan nama baik syarikat berkenaan.

Semalam, Roz Mawar menarik diri daripada mendengar kes saman 1MDB terhadap bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang menuntut mereka membayar US$6.59 bilion.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok