Roz Mawar tarik diri dengar kes saman 1MDB terhadap Irwan Serigar, Arul Kanda

September 22, 2022 · Isu semasa

Seorang pesuruhjaya kehakiman hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang menuntut mereka membayar US$6.59 bilion.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Lavinia Kumaraendran, yang mewakili Mohd Irwan, ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes saman di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain, lapor Bernama.

“Oleh itu, tarikh pengurusan kes yang ditetapkan pada 27 Sept ini serta pendengaran permohonan Mohd Irwan dan Arul Kanda untuk membatalkan saman 1MDB pada 19 Okt dilapangkan,” kata peguam itu.

Permohonan untuk membatalkan saman itu ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Roz Mawar bagi menggantikan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh yang akan berpindah ke bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas.

Difahamkan Roz Mawar sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan dan Penguatkuasaan Sivil Suruhanjaya Sekuriti Malaysia iaitu antara agensi yang terlibat dalam siasatan 1MDB.

Arul Kanda dan Mohd Irwan disaman 1MDB pada Mei 2021 berhubung dakwaan mereka melakukan pecah amanah dan konspirasi menyebabkan dana negara itu mengalami kerugian berjumlah US$1.83 bilion membabitkan pelaburan dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd yang ditukar kepada pelaburan Brazen Sky Limited (Brazen Sky), yang dikatakan terdapat dalam Bridge Global Fund.

1MDB juga mendakwa kedua-dua defendan melakukan pecah amanah dan konspirasi dengan menyeleweng wang berjumlah US$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar Investments dan US$1.265 bilion dibayar kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 9 Mei 2017.

Menurut 1MDB, Mohd Irwan juga berkonspirasi dengan Arul Kanda untuk menyebabkan syarikat itu melaksanakan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan dan membuat pembayaran berjumlah RM2,905,200 kepada Arul Kanda selaras dengan perjanjian tersebut tanpa menghiraukan kepentingan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat berkenaan mengalami kerugian.

Sehubungan itu, 1MDB antara lain menuntut kedua-dua defendan membayar US$6.59 bilion berhubung pelanggaran tersebut dan tambahan RM2.9 juta daripada Mohd Irwan berkaitan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok