Lagi Menteri UMNO kata tak logik PRU-15 diadakan semasa banjir

September 22, 2022 · Politik

Seorang lagi Menteri UMNO menolak gesaan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan semasa musim banjir, sekaligus menyanggah cadangan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu meredah juga jika ia diadakan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata yakin PRU-15 tidak akan diadakan semasa bencana banjir berlaku kerana ia akan memberi implikasi buruk kepada rakyat yang sedang berdepan kesusahan hidup.

“Saya yakin PRU15 tentunya tidak diadakan ketika banjir,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau terdahulu  melancarkan Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di Putrajaya hari ini.

Jelasnya, ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula November sehingga Mac 2023.

Malah, Reezal berkata mana-mana parti politik juga menyedari tidak wajar pilihan raya dibuat ketika bencana banjir.

Katanya, tiada siapa yang tahu bila bencana akan berlaku meskipun ada ramalan dibuat MetMalaysia.

Media sebelum ini melaporkan, Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan semalam memberi bayangan PRU-15 tidak akan diadakan ketika negara berhadapan musim banjir.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, Jemaah Menteri memahami perkara berkaitan bencana banjir dan Perdana Menteri juga mengambil kira atas nasihat dari MetMalaysia.

Sabtu lalu (17 September), Zahid berkata Barisan Nasional (BN) sanggup meredah banjir dan hujan lebat, jika PRU-15 diadakan tahun ini, sambil menegaskan isyarat yang diberikan ahli parti supaya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat adalah jelas dan nyata.

Awal hari ini, Pengerusi BN itu sekali menekankan supaya PRU-15 perlu diadakan segera jika pembangkang bimbang pilihan raya itu bertepatan dengan banjir akhir tahun.

“Sudah tiba masanya untuk mereka ‘walk the talk’ dan ‘hit the button’ supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh menetapkan tarikh PRU-15 diadakan,” katanya dalam catatan Facebook.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Kempen ‘Jangan Undi Zahid’ dilancar, kumpulan dakwa Zahid punca negara tak stabil
November 14, 2022
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok