Lima mangsa sindiket kerja di Kemboja dibawa pulang

September 20, 2022 · Isu semasa

Lima lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja, berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air hari ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, kelima-lima individu berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH755 pada 2 petang semalam, lapor Bernama.

Perkembangan itu menjadikan bilangan kes mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja yang berjaya diselamatkan sehingga hari ini adalah seramai 143 orang, daripada 158 kes yang dilaporkan.

“Daripada bilangan mangsa yang diselamatkan, 29 masih berada dalam depoh tahanan imigresen di Kemboja manakala selebihnya telah pulang ke tanah air.

“Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh terus giat menjalankan usaha untuk menjejaki rakyat Malaysia, yang dilaporkan menjadi mangsa sindiket penipuan ini di Kemboja,” menurut kenyataan itu.

Selain Kemboja, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia yang lain sedang mempergiatkan usaha untuk menyelamatkan rakyat negara ini yang menjadi mangsa sindiket di Laos, Myanmar dan Thailand.

Berdasarkan rekod, seramai 16 orang rakyat Malaysia di Thailand, 27 di Laos dan lima di Myanmar, yang menjadi mangsa sindiket berjaya diselamatkan.

Sementara itu, bilangan yang sedang dijejaki pula adalah seramai 12 orang di Thailand, 28 di Laos dan 54 orang di Myanmar.

“Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di negara terbabit, akan terus melipatgandakan usaha dan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara itu, dalam usaha mengesan dan menyelamatkan mangsa-mangsa sindiket berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023· Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Pekebun ditipu RM132,000 selepas ditawar kerja sambilan tidak wujud
November 10, 2023· Isu semasa
Kertas siasatan libatkan penipuan pelaburan ‘Datuk Wira’ dibuka
November 9, 2023· Isu semasa
Popular
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok