Banjir di tiga negeri: Jumlah mangsa di PPS semakin berkurangan

September 19, 2022 · Isu semasa

Keadaan banjir di Johor, Perak dan Melaka hari ini menunjukkan perkembangan positif apabila mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kian berkurangan, lapor Bernama.

Di JOHOR, banjir yang melanda Batu Pahat disebabkan pertembungan hujan lebat dan fenomena air pasang pada awal pagi Rabu lepas, menunjukkan jumlah mangsa terus mencatatkan pengurangan kepada 131 orang setakat 8 pagi ini berbanding 164 orang yang direkodkan malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa terdiri daripada 33 keluarga itu ditempatkan di sebuah PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading di sini yang dibuka sejak Rabu lepas.

Menurut JPBD, lokasi terjejas ialah Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung.

Di PERAK, jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Kampung Tengah Bukit Semanggol dekat Bagan Serai yang ditempatkan di PPS Dewan Semanggol kekal 12 orang daripada tiga keluarga setakat 9 pagi ini.

Kesemua mangsa dijangka pulang ke rumah masing-masing hari ini berikutan air banjir sudah surut sepenuhnya dan cuaca ketika ini adalah baik.

Hujan lebat selama beberapa jam awal pagi semalam menyebabkan kawasan Kampung Tengah Bukit Semanggol di Bagan Serai dilanda banjir kilat dan terpaksa dipindahkan ke PPS yang mula dibuka pada pukul 12 tengah hari.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir daripada lapan keluarga yang ditempatkan di dua PPS bertempat di Alor Gajah berkurang kepada 28 orang setakat 8.30 pagi tadi berbanding 29 orang daripada sembilan keluarga pada 8 malam tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka dalam satu kenyataan berkata sebanyak 20 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Balai manakala lapan orang daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun

“Mangsa merupakan penduduk dari Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai dan Kampung Pulau,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
29 minit lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
23 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok