Bursa dibuka rendah, pelabur masih dalam kebimbangan

September 19, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia memulakan urus niaga pagi ini rendah selepas cuti hujung minggu Hari Malaysia yang panjang, menyaksikan para pelabur masih mengambil sikap berhati-hati berikutan kerugian berterusan di Wall Street pada Jumaat yang didorong oleh kebimbangan terhadap kenaikan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh sebanyak 14.50 mata kepada 1,452.81 daripada penutupan Khamis pada 1,467.31, lapor Bernama.

Indeks penanda aras dibuka 7.80 mata lebih rendah pada 1,459.51.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 347 berbalas 102, manakala 256 kaunter tidak berubah, 1,668 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 250.12 juta unit bernilai RM178.96 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen menjadi agak goyah sebelum cuti panjang hujung minggu lepas dengan semua tumpuan terarah kepada mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat bulan September serta data kadar inflasi Malaysia yang akan dikeluarkan minggu ini.

Justeru, bursa tempatan mungkin terus menyaksikan dagangan mendatar, begitu juga bursa serantau yang lain, katanya.

Berkenaan komoditi pula, ia menambah harga minyak mentah didagangkan melebihi US$91 setong, manakala minyak sawit mentah berlegar di bawah RM3,900.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB Bank masing-masing naik tiga sen kepada RM8.61 dan RM5.40, Petronas Chemicals meningkat lima sen kepada RM8.67, Public Bank susut satu sen kepada RM4.46 dan IHH Healthcare turun 25 sen kepada RM6.07.

Bagi saham aktif, Top Glove susut tiga sen kepada 73.5 sen, RGB lega setengah sen kepada 11.5 sen dan Supermax lemah dua sen kepada 71 sen.

SNS Network Technology pula menokok setengah sen kepada 30.5 sen, manakala Metronic tidak berubah pada dua sen.

Di papan indeks, Indeks Emas FBM turun 99.56 mata menjadi 10,375.02, Indeks FBMT 100 menyusut 97.56 mata kepada 10,117.09, Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah sebanyak 107.0 mata kepada 10,471.82, FBM 70 menguncup 108.04 mata kepada 12,619.54 dan FBM ACE 59.33 mata lebih rendah pada 4,774.42.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga berkurangan 5.5 mata pada 732.12, Indeks Perladangan susut 3.47 mata menjadi 6,854.65, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 133.81 mata kepada 16,357.67 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.94 mata kepada 180.53.

Berita berkaitan
Sesi dagangan Bursa berakhir rendah pada tengah hari
December 13, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
December 11, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
December 7, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Popular
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok