UMNO perlu letak calon boleh menang lawan Hamzah, ajar menteri angkuh

May 6, 2021 · Politik

UMNO perlu meletakkan calon boleh menang dan berkredibiliti bagi menentang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di kerusi Parlimen Larut sekiranya mahu menewaskan Setiausaha Agung Bersatu dalam pilihan raya nanti.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berpandangan ‘perlawanan’ itu bagi ‘mengajar’ sikap angkuh menteri berkenaan susulan beberapa kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya baru-baru ini.

“Eloklah ajar dia (Hamzah), sebab pada saya memang perlu ada pertarungan itu, pihak-pihak yang mencabar dia, sebab dia begitu berani bercakap itu suara dia (isu audio mirip suara Hamzah), dia tak berdalih.

“Kita ajar dia dengan pilihan raya nak tengok siapa suka dekat dia, adakah rakyat suka dengan apa yang dia buat itu, kita tengoklah… kalau dia kalah tak mustahil,” katanya kepada Agenda Daily.

Beliau berkata demikian mengulas kesediaan UMNO Perak yang akan meletakkan calon di kerusi Parlimen Larut bagi menentang Hamzah pada pilihan raya akan datang.

Terdahulu, Setiausaha UMNO Perak, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, keputusan itu berdasarkan hasil pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15) nanti.

Menurutnya, semua kerusi ditandingi UMNO pada PRU14 lalu akan kekal ditandingi oleh parti itu termasuk kerusi Parlimen Larut yang dimenangi Hamzah atas tiket UMNO sebelum melompat menyertai Bersatu.

Terbaharu nama Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dikaitkan untuk bertanding di kerusi Larut itu, namun menafikan perkhabaran tersebut.

Nama Hamzah sejak kebelakangan ini agak panas, susulan beberapa pendedahan kontoversi yang dikaitkan dengan menteri itu, antaranya rakaman suara bocor yang dikaitkan dengannya sedang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis.

Hamzah mengakui itu suaranya, bagaimanapun berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Dalam pada itu menyentuh soal calon UMNO yang sesuai, Salawati berkata ‘biarlah calon itu orang tempatan’.

“Calon yang sesuai, saya rasa biarlah orang yang kenal di situ, kalau tak kenal masalah juga, mungkin calon tempatan yang berani… mungkin orang baru, sebab mungkin orang tak mahu tengok muka lama.

“Kalau nak lawan dia biarlah orang yang benar-benar mampu, dan kena ada kelebihan,” katanya.

Dalam pada itu, ketika menyentuh potensi UMNO untuk merampas kembali kerusi parlimen itu, Salawati berkata, sukar untuk beliau meramalkan perkara tersebut.

“Saya tak berani nak cakap sebab sekarang ini kita tidak tahu apa kemahuan rakyat, sebenarnya itu yang bahaya tak kiralah UMNO atau siapa kita tak tahu apa yang rakyat mahu,” jelasnya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
23 jam lalu· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
PRN: Sedikit lagi belum selesai, kata PKR
May 13, 2023
Sekurang-kurangnya Kabinet kerajaan PN sebelum ini tiada kluster mahkamah
November 29, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok