Kena kuat lagi gasak PM umum PRU-15, sindir Pemuda PAS

September 18, 2022 · Politik

Pemuda PAS secara sinis meminta pihak yang mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan segera perlu mengasak kuat lagi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengumumkannya diadakan pada tahun ini juga.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata walaupun UMNO khususnya pemimpin yang berdepan kes mahkamah berterusan memberi tekanan, namun Ismail Sabri sehingga hari ini belum memberi komitmen jelas untuk membubarkan Parlimen tahun ini juga kerana bimbang risiko banjir tahun ini.

“Alhamdulillah Perdana Menteri hingga saat ini masih belum memberikan jaminan bahawa pilihanraya akan diadakan tahun ini kerana Perdana Menteri tahu risiko banjir di hujung tahun boleh menyusahkan rakyat untuk mengundi sekalipun diasak dan didesak agar dibubarkan Parlimen tahun ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Kenyataan Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu hadir selepas Barisan Nasional (BN) dan UMNO mengadakan satu lagi himpunan raksasa semalam dengan mesej utama disampaikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berterusan meminta PRU-15 disegerakan kepada Ismail Sabri.

Menurut Fadhli lagi, pihak yang mahu PRU-15 disegerakan dinasihatkan supaya terus kuat mendesak jika mahu ia diadakan juga tahun lagi, sindirnya.

“Pihak yang beria-ia mahukan pilihan raya tahun nampaknya perlu lebih kuat mendesak dan mengasak Perdana Menteri yang sehingga ke saat ini masih kekal dengan pendirian tidak mengumumkan pilihanraya tahun ini.

“Selamat mendesak,” ujarnya lagi.

Semalam, Ismail Sabri berkata tarikh PRU-15 akan dibincangkan dalam kalangan ‘top five’ UMNO pada masa terdekat.

Untuk rekod, UMNO juga sudah mengesahkan akan mengadakan mesyuarat pada 30 September ini selepas Ismail Sabri pulang dari New York bagi membincangkan tarikh PRU-15.

Zahid semalam berkata BN bersedia menghadapi PRU ke-15 walaupun jika ia berlaku semasa banjir atau cuaca yang tidak mengizinkan.

Dakwa ahli parlimen Bagan Datuk itu lagi, dia melihat “isyarat jelas” daripada akar umbi yang mahukan PRU diadakan tahun ini.

“Kita tengah tunggu tarikh keramat, namun kita tahu ada kekangan akhir tahun ini iaitu banjir, hujan lebat dan angin monsun Timur Laut.

“Tetapi, kalau Perdana Menteri bubar masa banjir pun, (kita) sanggup redah banjir untuk bertanding,” katanya.

Untuk membolehkan Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen, beliau perlu terlebih dahulu perlu mendapatkan persetujuan Kabinet.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Anwar, Nik Abduh hanya ‘ngeteh’
May 13, 2023
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
20 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok