Berjalan kaki lima hari, veteran tentera kecewa PM tak terima sendiri memorandum

September 15, 2022 · Isu semasa

Sekumpulan veteran tentera yang berjalan selama lima hari kecewa selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat bertemu mereka untuk menerima memorandum yang mahu diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri.

Kumpulan veteran tentera itu berjalan bermula dari Simpang Pulai, Perak sehingga ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, bagaimanapun hanya wakil Ismail Sabri yang juga Setiausaha Politiknya, Syed Fazmi Sayid Mohammad sahaja hadir untuk menerima memorandum ekoran mempunyai komitmen lain.

“Saya akan sampaikan memorandum ini kepada perdana menteri,” kata Syed Fazmi dipetik laporan FMT.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM) Mior Rosli Mior Jaafar yang kecewa kerana Ismail Sabri tidak hadir sendiri menerima memorandum menggesa supaya suara veteran tentera didengar dan tidak menolak akan mengheret tuntutan mereka ke mahkamah nanti.

“Jika kerajaan tidak mahu mendengar (suara kami), kami akan (bawa perkara ini) ke mahkamah, kerana yang kami perjuangkan mengikut undang-undang. Biarlah mahkamah tentukan perkara itu.

“Tetapi jika perdana menteri memutuskan untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin, alhamdulillah, kami tidak akan membawa perkara ini ke mahkamah,” kata Mior.

Pagi tadi, lebih 100 veteran dari seluruh Malaysia berkumpul di Masjid Putra sebagai tanda solidariti dengan 25 veteran yang berjalan kaki dari Perak, sebelum berarak ke Seri Perdana bersama-sama.

Mereka berarak sambil menyanyikan lagu patriotik beramai-ramai, diselangi laungan “Veteran!” dan “Bangkit!”.

Beberapa kenderaan turut menunjukkan sokongan dengan membunyikan hon ketika melepasi perarakan.

Setibanya di Pejabat Perdana Menteri, kumpulan itu menyanyikan lagu Negaraku serta membaca doa sebelum menyerahkan memorandum berkenaan.

Tuntutan mereka termasuk memperbetul anomali pencen bagi veteran yang bersara sebelum 2013, sejajar dengan pencen yang lebih tinggi diberikan kepada veteran yang bersara selepas Akta Pencen dipinda tahun itu.

Kumpulan itu juga menggesa agar pencen diberikan kepada veteran yang tidak melengkapkan 21 tahun perkhidmatan seperti diperlukan, dan mengampuni mereka yang diberhentikan kerana melakukan kesalahan ketenteraan kecil.

Berita berkaitan
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
24 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok