Perbicaraan kes 1MDB ditangguh pada 26 Sept, Najib masih diberi rawatan

September 14, 2022 · Isu semasa

Perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Najib Razak membabitkan penyelewengan dana RM2.28 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguh pada 26 September ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan penangguhan tersebut selepas bekas Perdana Menteri bergelar banduan itu masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana penyakit tekanan darah tinggi dihidapinya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan anak guamnya itu masih dirawat di HKL dan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan untuk menghadiri perbicaraan hari ini.

Shafee memberitahu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, beliau hanya sempat berjumpa dengan anak guamnya di HKL selepas tiga jam, kerana tidak dapat bertemu dengannya mahupun mendapat maklumat daripada pegawai perubatan sebelum ini.

“Saya kemudian berjaya berjumpa anak guam saya, dia (Najib) sendiri tidak tahu berapa lama dia akan berada di sana. Dia hanya tahu dia perlu menjalani pelbagai ujian kesihatan setiap hari.

“Ada MC (sijil sakit perubatan) yang disediakan oleh Jabatan Penjara (tetapi dikeluarkan oleh HKL), berdasarkan pemeriksaan kesihatan mereka. MC adalah dari 14 hingga 15 Sept, dan dia masih di Wad 21 di HKL,” kata peguam itu dipetik laporan Malaysiakini.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata pihak pendakwaan tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan pihak pembelaan untuk melapangkan perbicaraan esok, kerana keadaan tertuduh telah disahkan oleh pegawai kerajaan di sebuah hospital.

Sequerah kemudian membenarkan perbicaraan dilapangkan esok dan bersambung semula pada 26 Sept.

Sequerah: Tertuduh sepatutnya bertambah baik pada masa itu.

Shafee: Saya pun rasa begitu, memandangkan masa (tempoh dari hari ini hingga 26 Sept) itu.

Ahli Parlimen Pekan itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok