Mesyuarat sulung MTKB dipengerusikan PM bincang rangka inklusif

May 5, 2021 · Isu semasa

Mesyuarat pertama Majlis Tindakan Kemakmuran Bumiputera (MTKB) yang berlangsung semalam dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama 21 ahli lain yang turut bersama dalam badan tersebut.

Keahlian MTKB terdiri daripada 21 orang menteri kabinet; empat ketua jabatan; dua ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC); tiga wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India, serta tokoh-tokoh dalam pelbagai sektor ekonomi, pendidikan dan sosial.

Antara tokoh-tokoh tersebut termasuk Tan Sri Sulaiman Mahboob, Tan Sri Azman Mokhtar, Prof Datuk Dr Aini Ideris, Datuk Dr Asma Ismail, Datuk Dr Medeline Berma dan Prof Datuk Dr Denison Jayasooria.

MTKB berperanan untuk menentukan dasar dan strategi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

“Ini termasuk mementukan sasaran, indikator makro dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi sektor-sektor penting dalam pembangunan negara, yang akan dirangka secara inklusif serta menyeluruh bagi mencapai objektif WKB 2030,” kata kenyataan itu hari ini.

Unit penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu), Jabatan Perdana Menteri akan bertindak sebagai sekretariat MTKB.

Tambah kenyataan itu, turut diwujudkan ialah Jawatankuasa Kemakmuran Bersama (JEKB) yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok