Warga Klang, Kuala Selangor diminta bersedia risiko banjir

September 10, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Selangor meminta semua penduduk yang tinggal di sekitar daerah Klang, Kuala Selangor serta kawasan berhampiran, supaya sentiasa peka terhadap risiko banjir berikutan amaran fenomena air pasang besar bermula esok.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata amaran berhubung fenomena itu telah dihebahkan kepada umum bermula semalam, dengan dijangka esok paras air pasang besar akan melebihi ketinggian lima meter, lapor Bernama.

“Kita sudah beri amaran kepada umum berkenaan air pasang tinggi pada esok, 14 dan 15 Sept ini, ketinggian lebih lima meter. Itu paras yang tinggi. Pada 17 dan 18 Dis tahun lalu tidak sampai 5.4 meter pun, sehingga 4.7 hingga 4.8 meter,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses naik taraf sistem saliran di Taman Melawis, di sini hari ini.

Amirudin berkata buat masa ini, kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan panas berlakunya banjir termasuk di sekitar Taman Melawis, dengan beberapa langkah jangka masa pendek akan dilaksanakan kerajaan negeri iaitu menambah jumlah pam bagi mempercepatkan aliran keluar air.

Mengulas berhubung mesyuarat bersama semua agensi serta pihak terlibat bagi persediaan menghadapi bencana banjir pada Isnin ini, Amirudin berkata kerajaan Selangor akan mengusulkan berhubung persediaan kelengkapan di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk dihantar lebih awal ke kawasan kerap berlaku banjir.

Katanya ini bagi mengelakkan berlaku situasi panik seperti peristiwa banjir Disember lalu, dengan kebanyakan kelengkapan PPS diletak secara berpusat dan ia menyukarkan proses penghantaran apabila banyak jalan raya ditenggelami air.

Sementara itu, Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan, bulan ini paras air laut tertinggi di Stesen Pelabuhan Klang dijangka pada Isnin ini (12 Sept) iaitu 5.5 meter pada 7.18 pagi manakala pada esok, 13 dan 28 Sept pula pada paras 5.4 meter sekitar jam 6.42 pagi hingga 7.49 pagi.

“Pada 14, 27 dan 29 Sept, paras air laut pada 5.3 meter sekitar jam 6.52 pagi hingga 8.16 pagi. Penduduk Klang diingatkan bersedia menghadapi fenomena air pasang besar dan Monsun Timur Laut (MTL) mulai September hingga Disember depan, yang boleh membawa risiko banjir dan runtuhan ban,” menurut hantaran itu.

Manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli menerusi akaun video di Tiktok rasminya memaklumkan, sebanyak 13 kawasan di sekitar Kuala Selangor berpotensi untuk berlakunya kejadian banjir susulan air pasang besar serta hujan berterusan bermula semalam hingga esok.

“Antara kawasan berpotensi adalah Tambak Jawa, Pantai Remis, Pantai Jeram, Kampung Sungai Janggut, Kampung Sungai Sembilang, Pekan Sungai Buloh, Pekan Kuala Selangor, Kampung Sungai Yu, Pekan Tanjong Karang, Parit 4 Sekinchan dan Bagan Pasir Tok Adam,” kata menerusi video berdurasi 1.39 minit itu.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok