BN tak tolak mungkin bekerjasama dengan GRS hadapi PRU-15

September 10, 2022 · Politik

Barisan Nasional (BN) Sabah tidak menolak kemungkinan untuk menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata berkata perbincangan bersama GRS mengenai kerjasama itu masih diteruskan, termasuk dalam usaha memastikan tidak ada pertembungan berlaku antara kedua-dua gabungan parti politik tersebut, pada pilihan raya berkenaan, lapor Bernama.

“Dalam politik macam-macam boleh berlaku. Jadi, kita tidak pastikan confirm atau tidak, tetapi kemungkinan untuk bekerjasama memang ada.

“Perbincangan sudah dilaksanakan melalui jawatankuasa yang ditubuhkan. Bagaimanapun, kita belum dapat memuktamadkannya kerana kita akan melihat dahulu sokongan rakyat akar umbi, bagaimana kekuatan BN.

“Ini kerana, kalau kita mahu berkongsi dengan mana-mana pihak, sudah tentu kita mesti ada kekuatan. Kalau kita tidak ada kekuatan, orang lain tidak mahu bekerjasama dengan kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Biru BN serta Jentera BN Kota Belud dan Tuaran di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor juga Ketua Menteri dilaporkan berkata BN dan UMNO Sabah secara prinsip bersetuju untuk bekerjasama dengan GRS pada PRU15.

Hajiji berkata langkah seterusnya adalah perbincangan pembahagian kerusi dan semua ahli parti dinasihatkan supaya bersikap realistik, kerana Sabah hanya memiliki 25 kerusi Parlimen yang perlu diagihkan secara sama rata antara rakan kongsi.

Bung Moktar berkata pihaknya juga akan memastikan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti dilakukan atas prinsip menang-menang.

Sementara itu, Bung Moktar berkata BN Sabah telah mengenal pasti beberapa calon berpotensi diketengahkan bagi mewakili parti pada PRU15, dan pihaknya sedang dalam proses menghantar senarai nama tersebut kepada BN pusat.

“Tetapi saya belum mahu maklumkan sekarang. Sebetulnya yang memilih calon adalah BN Sabah, bukan dari Kuala Lumpur. Cuma lazimnya, watikah diberikan oleh Pengerusi BN. Jadi jangan bimbang, memang kita yang memilih calon,” katanya.

Mengenai program tersebut, Bung Moktar berkata, ia akan diteruskan ke seluruh Sabah bagi meningkatkan momentum sokongan ahli akar umbi BN di negeri itu, sebagai persediaan menghadapi PRU15.

“Saya cukup yakin dengan kerja keras, usaha dan strategi tepat, BN masih relevan dan diterima oleh rakyat. Dalam pilihan raya nanti, kita akan mencadangkan beberapa manifesto untuk dimasukkan dalam mansifesto (BN) kebangsaan untuk kepentingan rakyat Sabah,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Isham koyak, Annuar tak sebut individu dia pula terasa pedas
April 25, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok