Annuar bidas Guan Eng tak layak hakimi Pasukan Khas Jihad

September 10, 2022 · Isu semasa

Peranan yang dimainkan Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bukan berlegar pada Kadar Dasar Semalaman (OPR) sahaja, sebaliknya turut memberi perhatian kepada harga barang keperluan rakyat.

Justeru, pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata gesaan Pengerusi DAP Lim Guan Eng supaya jawatankuasa itu dibubarkan kerana kenaikan OPR jauh tersasar dari fakta sebenar, lapor Bernama.

“Untuk mengatakan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak relevan dan tidak berkesan kerana alasan BNM menaikkan OPR adalah terpesong sama sekali,” katanya.

Annuar terdahulu mengadakan lawatan kerja ke empat pos kawalan keselamatan di Semporna.

Jelasnya lagi, langkah kenaikkan OPR tersebut dibuat selepas Bank Negara Malaysia mengambil kira pertumbuhan ekonomi negara yang semakin kukuh.

“Saya ingin menjelaskan keputusan menaikkan OPR oleh Monetary Policy Committee (MPC) BNM (Bank Negara Malaysia) bukan semata-mata kerana inflasi tetapi mengambil kira pertumbuhan ekonomi negara yang semakin kukuh yang disokong oleh penggunaan swasta dengan pertumbuhan KDNK (keluaran dalam negara kasar) suku kedua 2022 yang dicatat pada 8.9%.

“Sepertimana dinyatakan dalam kenyataan MPC, peralihan kepada fasa endemik dan pembukaan semula ekonomi berhasil merancakkan pemulihan ekonomi Malaysia dengan penggunaan swasta mencatat pertumbuhan 18.3% bagi suku kedua 2022 dan kadar pengangguran menurun kepada 3.7%.

“Berikutan pencapaian makroekonomi ini, BNM menetapkan kenaikan OPR secara berperingkat sebanyak tiga kali sejak Mei dengan kadar kenaikan 25 mata asas pada setiap mesyuarat MPC, menjadikan kenaikan sejumlah 75 mata asas setakat ini,” katanya lagi.

Selain itu, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata dalam mekanisme mengawal inflasi, kadar OPR sesebuah negara itu juga perlu dirujuk kepada OPR negara lain dan tidak berlandaskan kepada satu negara semata-mata.

“OPR ini diletak satu badan mengawal dasar kewangan di negara (ini) dan tidak boleh dicampuri jawatankuasa seperti mana yang diwujudkan untuk menangani inflasi… tidak boleh dicampur tangan politik dalam membuat keputusan, ada kawalan undang-undang, seluruh dunia menggunakan piawaian sama,” katanya lagi.

Terdahulu, Guan Eng menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dan mendakwa jawatankuasa itu sebagai ‘tidak berkesan, tidak cekap dan tidak relevan’.

Semalam, BNM memutuskan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.5 peratus.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok