Mangsa trauma gangguan seksual lampau

September 11, 2022 · Isu semasa

Pendedahan pelakon berbakat Puteri Balqis menerusi sesi podcast bersama dua pengacara mengejutkan ramai mengenai sikap sebenar bapanya yang tidak diketahui ramai.

Puteri Balqis mendakwa bapanya seorang yang pemalas, tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa bermain permainan video.

Selain dipukul, bapanya juga didakwa dengan selamba membuka video lucah dan mengajaknya menonton bersama. Dakwa pelakon ini lagi, dia juga sering diraba dan dicium.

Hanya selepas bertahun-tahun lamanya, barulah Puteri Balqis berani berkongsi kisah gangguan seksual membabitkan bapanya.

Pengasas Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia, (Gerakwanis), Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, bukan mudah untuk mangsa gangguan seksual menceritakan detik hitam berkenaan.

“Mungkin waktu tu tahap keyakinan diri dia rendah, lagipun pelaku orang terdekat. Jadi dia ada perasaan takut nak luahkan perasaan,” jelasnya.

Mengakui ramai masyarakat memandang remeh perkara ini, Bibi Sunita menegaskan, pengalaman buruk itu boleh memberi kesan jangka panjang kepada emosi mangsa.

“Mangsa amat memerlukan sokongan dan sokongan paling kuat adalah keluarga dan rakan-rakan rapat. Jadi cari kawan terdekat untuk meluahkan perasaan yang terpendam.

“Kalau dia takut sekurang-kurangnya dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan mungkin dia ada kekuatan untuk membuat laporan polis atau menghubungi pihak bertanggungjawab,” katanya.

Bibi Sunita yang juga Pesuruhjaya Sumpah  turut menasihati mangsa supaya jangan takut membuat laporan polis mengenai kes gangguan seksual yang dilalui mereka.

“Sebenarnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak. Ramai tak tahu sebab tak didedahkan.

“Jadi saya harap bahagian itu aktif bagi kesedaran kepada mangsa agar mereka berani buat laporan polis dan keselamatan mereka lebih terjamin,” katanya.

Katanya, disebabkan itu trauma lampau itu akan mencetuskan masalah lain hingga menjadikannya semakin bertimpa-timpa dan tidak mampu dikawal.

“Ini akan menjadi punca isu kemurungan, mudah cemas dan panik hingga membawa kepada kesihatan mental.

“Kita bimbang kerana ada mangsa cenderung bunuh diri berikutan mereka sering dihantui pemikiran negatif, dipinggirkan dan menyendiri,” katanya.

Sementara itu, katanya pelaku gangguan seksual mampu berubah dengan diberikan bantuan klinikal psikologi.

“Gangguan seksual itu sudah lama berlaku, malah yang melakukannya adalah lebih ramai daripada yang tiada penyakit mental.

“Bagaimanapun, pesakit mental sering dipersalahkan berikutan disebabkan mereka ada gejala. Sebenarnya mereka yang mempunyai moral rendah lagi berisiko menjadi pelaku.

“Gangguan seksual ini tidak sama dengan pelaku seksual yang boleh disabitkan dengan perlakuan jenayah seperti rogol atau perilaku seksual lain,” katanya.

Berita berkaitan
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual, Peja lapor polis
August 3, 2023· Politik
Laporan psikiatri sahkan Yasin tidak waras
July 6, 2023· Isu semasa
Masalah kemurungan tertinggi direkodkan di Wilayah Persekutuan: Laporan
March 8, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
5 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok