Rizab antarabangsa Bank Negara AS$108.2 bilion setakat Ogos

September 7, 2022 · Isu semasa

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) susut kepada US$108.2 bilion (US$1=RM4.50) pada 30 Ogos, 2022, daripada US$110.9 bilion setakat 15 Ogos lepas.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek, lapor Bernama.

Menurut bank pusat itu dalam kenyataannya hari ini, komponen utama rizab antarabangsa berkenaan adalah rizab mata wang asing (US$96.1 bilion), kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas atau SDR (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.8 billion).

Aset-aset tersebut merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM476.5 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset lain (RM34.18 bilion).

Dalam pada itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM161.65 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.23 bilion), deposit institusi kewangan (RM165.97 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM12.96 bilion), deposit lain (RM12.06 bilion), kertas Bank Negara (RM8.26 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) serta liabiliti lain (RM4.1 bilion).

Berita berkaitan
Permohonan Najib untuk hadir prosiding Mareva ditolak mahkamah
November 24, 2023· Politik
Pegawai penyiasat 1MDB beri keterangan esok dalam kes pengubahan wang haram Najib
October 11, 2023· Isu semasa
Bukti jejak wang 1MDB berdasarkan penyata akaun bank Najib: Saksi
October 11, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut, PMX kata kerajaan sudah ambil tindakan tangani
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok