Penularan gambar palsu penjara VIP: Jabatan Penjara

August 24, 2022 · Isu semasa

Gambar tular sebuah bilik penjara VIP dikatakan terdapat di Penjara Kajang adalah palsu, kata Jabatan Penjara.

Dalam satu kenyataan, jabatan menafikan gambar tersebut yang ditularkan oleh individu tertentu selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disabitkan hukuman penjaranya semalam.

“Hentikan penyebaran maklumat palsu,” kata jabatan itu dalam hantaran di Facebook.

Najib semalam dihantar ke Penjara Kajang terlebih dahulu untuk menjalani proses tertentu sebelum dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh.

Terdahulu, pengguna Facebook dengan nama D’eyo Adie memuatnaik gambar sebuah bilik yang mewah dengan mendakwa ia adalah penjara untuk VIP.

D’eyo Adie mendakwa sel bagi VIP diberikan kemudahan televisyen, internet, buku, penghawa dingin, katil dan tilam.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok