Liew Chin Tong kekal ketuai DAP Johor

May 2, 2021 · Politik

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong terus kekal mengetuai kepimpinan negeri bagi penggal keempat berturut-turut menerusi pemilihan yang diadakan sempena Konvesyen Biasa DAP Johor 2021 hari ini, lapor Bernama.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker Konvensyen merangkap Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin selepas selesai mesyuarat tertutup membabitkan 15 ahli jawatankuasa baharu yang dilantik.

Selain Liew, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok Dr S.Ramakrishnan turut mengekalkan jawatan masing-masing sebagai Timbalan Pengerusi dan Naib Pengerusi.

ADUN Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali, sebelum ini Setiausaha Publisiti, dilantik sebagai Naib Pengerusi manakala ADUN Stulang Andrew Chen Kah Eng sebagai setiausaha baharu sekali gus mengetepikan ADUN Skudai Tan Hong Pin yang sebelum ini memegang jawatan tersebut, yang turut tidak tersenarai dalam barisan 15 ahli jawatankuasa baharu.

Mesyuarat sama juga menetapkan jawatan Bendahari disandang oleh ADUN Penggaram Gan Peck Cheng; Setiausaha Organisasi (Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi), Penolong Setiausaha Organisasi (Ho Bao Kheong), Setiausaha Publisiti ( ADUN Johor Jaya Liew Cai Tung), Penolong Setiausaha Publisiti (Marina Ibrahim) dan Pengarah Pendidikan Politik Negeri (ADUN Senai Alan Tee Boon Tsong).

Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin, bekas Pengerusi DAP Johor Boo Cheng Hau, Lim Eng Guan, ADUN Bentayan Ng Yak Howe, ADUN Pekan Nanas Yeo Tung Siong dan ADUN Jementah Tan Chen Choon dan M. Kannan pula dipilih sebagai ahli jawatankuasa biasa.

Selain itu, jawatankuasa bersetuju melantik Boon Sin Wei sebagai Setiausaha Kerja dan Ahli Parlimen Labis Pang Hok Liong sebagai Ketua Biro Guaman.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok