Bayi lelaki meninggal dunia di rumah pengasuh

August 19, 2022 · Isu semasa

Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia semasa dalam jagaan pengasuhnya di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata ketika kejadian, ibu bapa bayi berkenaan sedang bekerja, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata berdasarkan keterangan awal daripada pengasuh yang merupakan wanita warga Indonesia berusia 26 tahun, bayi berkenaan dalam keadaan sesak nafas kerana kain lampin dalam buaian berada di muka bayi itu.

“Bayi berkenaan dibawa ke sebuah klinik di Pandan Indah, di sini sebelum dihantar ke Hospital Ampang.

“Semasa tiba di hospital berkenaan, bayi itu didapati sudah tidak bernyawa dan bantuan kecemasan diberikan tetapi bayi itu menunjukkan tanda-tanda kematian yang sudah lama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bayi itu kemudian disahkan meninggal dunia pada kira-kira 6.35 petang.

Mohamad Farouk berkata punca kematian bayi itu sedang disiasat dan pengasuh berkenaan ditahan pada 10.30 malam tadi di Hospital Ampang.

Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan permohonan reman wanita tersebut pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya wanita itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan bedah siasat ke atas mayat bayi itu akan dilakukan pagi ini di Hospital Ampang.

Sehubungan itu Mohamad Farouk menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang perbuatan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan ke atas kanak-kanak.

Berita berkaitan
Waris bayi ditinggalkan tepi longkang sedang dicari
December 5, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
ADUN Jepak di Sarawak meninggal dunia: Laporan
September 15, 2023· Isu semasa
Bekas Ahli Parlimen Jasin meninggal dunia
August 29, 2023· Isu semasa
Popular
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok