Hamzah sahkan PN sudah mohon tarikh baharu jumpa Ismail Sabri

August 18, 2022 · Politik

Permohonan rasmi sudah dibuat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menetapkan tarikh baharu perjumpaan dengan wakil Perikatan Nasional (PN), kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Setiausaha Agung PN itu juga mengesahkan perjumpaan semasa makan tengahari sebelum ini bukan satu pertemuan rasmi seperti yang didakwa oleh Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam satu kritikannya terhadap Ismail Sabri baru-baru ini.

“Kita sudah tulis surat (sebelum ini), beliau (Ismail) minta tangguh (jumpa secara rasmi). Minggu lepas, saya ada jumpa dengan beliau, tapi bukan secara rasmi lagi, sebab wakil PN sepatutnya kita hantar empat orang. Jadi beliau kata, kita sembang-sembang dulu.

“Saya sudah minta tarikh rasmi yang baharu supaya wakil PN boleh jumpa dan bentangkan apa yang kami mohon,” katanya dipetik laporan FMT.

Hamzah terdahulu menghadiri Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat di SMK Putrajaya Presint 14(1) yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin yang juga Naib Presiden Bersatu.

Hamzah juga menjelaskan isu yang akan dibincangkan tidak tertumpu kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) seperti didakwa segelintir pihak, sebaliknya isu-isu berhubung perkembangan politik semasa menjadi keutamaan bagi PN.

“Tidak (bincang soal jawatan TPM) dalam perbincangan itu, (tetapi) lebih kepada masalah politik semasa, (seperti) apa perasaan PN mengenai apa yang berlaku dan sebagainya,” katanya.

Wan Saiful sebelum ini membidas Ismail Sabri susulan dakwaannya sudah berjumpa delegasi PN bagi membincangkan isu dibangkitkan gabungan itu.

“Kalau setakat jumpa waktu ‘lunch’, itu bukan perjumpaan rasmi yang sepatutnya.

“Bagi saya kenyataan Ismail Sabri mendakwa telah bertemu delegasi PN adalah penipuan dan tidak beradab. Ismail perlu jelaskan kenapa dia menipu media dan rakyat,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata sudah mengadakan pertemuan bersama PN dua minggu lalu.

Menurut Ismail Sabri, pertemuan yang berlangsung pada minggu terakhir sesi sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen itu dihadiri Hamzah dan Bendahari PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PAS kekal dalam PN, tiada keputusan terima syarat UMNO
October 8, 2022
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Ucapan 3R : PN akan lapor polis terhadap Guan Eng
July 9, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok