Atasi segera isu pemerdagangan manusia

August 27, 2022 · Isu semasa

Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Mengenai Pemerdagangan Orang (US Tip Report) 2022 menunjukkan Malaysia kekal berada pada tahap tiga (Tier 3)sejak kali terakhir berada pada kedudukan tahap dua (Tier 2) pada 2017.

Laporan berkenaan turut mendedahkan kerajaan gagal mencapai piawaian minimum terhadap usaha menghapuskan pemerdagangan manusia.

Negara lain yang turut berada pada Tier 3 adalah Afghanistan, Brunei, Burma, Kemboja, China, Cuba, Korea Utara, Syria, Rusia, Venezuela dan Vietnam.

Dalam pada itu, kedudukan Malaysia yang kekal pada tahap terendah bagi tempoh lima tahun berturut-turut dalam laporan pemerdagangan manusia yang dikeluarkan ini menuntut tindakan segera diambil bagi mengelakkan negara berdepan pelbagai implikasi besar khususnya dari segi ekonomi.

Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma, berkata pengkelasan itu menunjukkan banyak isu yang belum berjaya diatasi sekali gus mengundang pelbagai gambaran negatif terhadap negara.

“Pengkelasan Malaysia di tahap 3 (Tier 3) menggambarkan wujud buruh paksaan, eksploitasi buruh, urus niaga yang mencurigakan, rasuah dan kurangnya penguatkuasaan undang-undang.

“Dalam laporan berkenaan, dinyatakan wujud rasuah dan kolusi antara agensi pengambilan pekerja asing (Bangladesh), penjawat awam dan ahli politik,” jelasnya.

Tambah beliau,  laporan berkenaan turut menunjukkan wujud amalan penipuan dari segi kontrak, pembayaran gaji, pengabaian hak pekerja dan pemerdagangan kanak-kanak dan wanita.

“Malaysia perlu lebih serius memandangkan isu pemerdagangan manusia akan memberi kesan kepada pelaburan asing dan domestik. Isu ini berkait rapat dengan Petunjuk Tadbir Urus Dunia (WGI), indeks daya saingan, kos menjalankan perniagaan dan indeks persepsi rasuah.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, kedudukan Malaysia pada tahap 3 menjejaskan (negara) sebagai destinasi pelaburan asing,” katanya.

Tambahnya, AS boleh dan pernah mengenakan sekatan import terhadap tiga syarikat milik Malaysia atas alasan mengamalkan buruh secara paksaan.

Selain itu, negara boleh dinafikan daripada mendapat pinjaman daripada bank pembangunan multilateral seperti Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa.

Tegasnya, kesan ekonomi lain termasuk manfaat diperoleh sebelum ini seperti bantuan asing dan peluang terbabit dalam program pertukaran pendidikan dan kebudayaan turut dinafikan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri Fauzi Md Isa, berkata menurut data terkini, dilaporkan kes melonjak mendadak berbanding tahun sebelumnya.

“Kita melihat trend meningkat dalam kes pemerdagangan manusia dengan 115 kes dilaporkan pada 2021, berbanding 17 pada 2008,” katanya dalam forum mendidik guru terlatih mengenal pasti dan mencegah kes pemerdagangan manusia.

Dapatan statistik Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Mapo), Fauzi berkata, antara 2015 sehingga Jun lalu, terdapat 1,972 kes dilapor, manakala 2,902 individu ditahan susulan kaitan dengan kes berkenaan.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga Afrika
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok