PKP 3.0 di 5 negeri esok?

May 2, 2021 · Isu semasa

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijangka dilaksanakan di beberapa negeri mulai esok, lapor The Star yang memetik sumber tidak rasmi.

Negeri-negeri yang bakal tertakluk kepada perintah berkenaan ialah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

“PKP yang baharu itu hampir menyamai PKP 2.0 yang dilaksanakan pada Januari lalu di beberapa negeri yang menyaksikan penutupan sekolah serta larangan mengadakan aktiviti sosial dan keagamaan, melainkan kegiatan ekonomi,” lapor akhbar itu yang memetik sumber.

Difahamkan, di bawah pelaksaan PKP 3.0, orang ramai tidak lagi dibenarkan menikmati makanan di retoran dan kemungkinan penutupan bazar Ramadan.

Sumber juga memberitahu, kerajaan meneliti pelaksaan PKP 3.0 memandangkan ia bakal mempengaruhi Aidilfitri dan juga operasi bazar Ramadan yang dibenarkan sebelum ini.

Pengumuman mengenai PKP 3.0 dijangka dilakukan hari ini, kata sumber itu.

“PKP di lima daerah di Kedah semalam adalah sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara pada Jumaat. Tetapi kami memutuskan untuk melaksanakannya di Kedah lebih awal kerana keadaannya membimbangkan,” katanya.

Pada Sabtu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PKP yang sedang berkuat kuasa ketika ini akan dinilai semula khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak.

Katanya, penilaian semula ini penting untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan yang diambil berkesan dalam membendung penularan wabak berkenaan yang sedang meningkat di dalam dan luar negara.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di beberapa buah negeri bagi mengekang penyebaran pandemik tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan pelaksanaan PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok