Dakwaan Hamid tidak boleh dipandang ringan kerajaan PN

May 2, 2021 · Isu semasa

Dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung wujudnya campur tangan politik dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sekiranya tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan kepercayaan terhadap institusi kepolisan terhakis, selain akan menjejaskan populariti kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, dakwaan Hamid itu tidak boleh dipandang ringan oleh kerajaan, lebih-lebih lagi isu ini merupakan isu yang serius dan perlu segera ditangani.

“Implikasi kenyataan Tan Sri Hamid semalam terhadap kerajaan dalam isu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin campur tangan dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia merupakan isu besar yang datang daripada ketua polis nombor satu negara.

“Kenyataan ini memberi impak besar kerana ia mengejutkan negara kerana selama ini isu campur tangan dalam pengurusan PDRM tidak pernah dibangkitkan oleh ketua polis negara,” katanya kepada Agenda Daily.

Beliau berkata demikian mengulas sama ada pendedahan Hamid tersebut mampu memberi implikasi kepada pemerintahan kerajaan PN ketika ini.

Dalam pada itu, menyentuh ‘kegagalan’Hamid untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low seperti mana yang dijanjikan olehnya sebelum ini, serta ‘kehilangan’ usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Sajat, beliau berkata, Hamid tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya.

“Kalau kita gagal bawa balik Jho Low misalnya ia merupakan masalah kerjasama di antara beberapa negara dan di sinilah peranan menteri luar negara perlu ambil langkah pro aktif dilakukan.

“Hal ini kerana batasan kuasa Polis Malaysia di negara asing sangat terbatas dan manakala kuasa menteri luar negeri berperanan penting bagi menggunakan saluran diplomatik bagi memastikan yang didakwa di luar negara dapat dibawa balik ke Malaysia,” katanya.

Jelasnya lagi, hal ini sama juga dengan isu Sajat yang dikatakan berada di luar negara semasa beliau menjawat jawatan IGP yang saluran diplomatik melalui peranan menteri luar perlu dilakukan selepas saluran interpol masih tak berjaya.

Jumaat lalu, Hamid semasa sidang media terakhirnya sebelum bersara menghentam cukup-cukup Menteri Dalam Negeri susulan dakwaan campur tangan dalam pengurusan PDRM.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Aman hari ini, Abdul Hamid turut mendakwa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Hamzah dicemari ‘unsur politik’.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Iskandar Dzulkarnain digantung keahlian selepas sokong Anwar: Bersatu
November 4, 2023· Politik
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok