Jumlah pesakit sembuh semalam mengatasi jangkitan baharu Covid

August 13, 2022 · Isu semasa

Seramai 3,943 individu di seluruh negara dijangkiti virus SAR-CoV- 2 dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 12 Ogos 2022), kata Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Jumlah itu lebih rendah berbanding 4,831 kes Covid-19 yang direkodkan pada Khamis.

Menurut laman sesawang CovidNOW KKM yang dikemas kini tengah malam tadi, jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,728,168 kes, dengan 4,646,723 pesakit telah pulih, termasuk 4,645 yang sembuh semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,635 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 899 kes (individu lengkap dua dos); 378 kes (individu tidak divaksinasi); dan 31 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Sehingga semalam kes aktif turun semula kepada 45,375 kes, berbanding 46,081 yang dicatat pada Khamis, dengan seramai 43,701 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (44,404 pada Khamis), dan 31 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (33 pada Khamis).

Sementara itu, seramai 1,577 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 1,584 pada Khamis, manakala 66 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (60 pada Khamis), dengan 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (40 pada Khamis).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 1,035 (1,443,820);
  • Kuala Lumpur – 953 (415,195);
  • Johor – 118 (390,111);
  • Sabah – 354 (385,077);
  • Sarawak – 129 (310,822);
  • Kedah – 103 (305,982);
  • Pulau Pinang – 156 (292,909);
  • Kelantan – 71 (250,488);
  • Perak – 330 (218,529);
  • Negeri Sembilan – 295 (216,212);
  • Pahang – 90 (174,872);
  • Melaka – 168 (130,934);
  • Terengganu – 40 (127,868);
  • Putrajaya – 69 (25,287);
  • Labuan – 19 (22,027); dan
  • Perlis – 13 (18,035).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan seramai empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes brought in death (BID).

Susulan itu, jumlah kematian akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada Januari 2020 hingga semalam kini meningkat kepada 36,070 kes, termasuk 7,668 kes kematian BID.

Empat kes kematian itu dilaporkan di Johor, Pahang, Perlis serta Selangor.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
12 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok