Aktiviti pengambilan untung punca Bursa Malaysia dibuka rendah

August 12, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia menyaksikan dagangan lebih rendah pada sesi awal Jumaat (12 Ogos 2022) berikutan aktiviti pengambilan untung selepas pasaran meningkat semalam ketika pelabur memilih untuk tidak mengambil sebarang kedudukan menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua hari ini.

Pada jam 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.12 mata kepada 1,505.44 daripada 1,505.56 pada akhir urus niaga semalam.

Indeks tersebut dibuka susut 0.49 mata kepada 1,505.07, lapor Bernama.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 189 berbanding 105 manakala 189 kaunter lain tidak berubah, 1,855 tidak diniagakan dan 24 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 98.91 juta unit bernilai RM47.92 juta.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Thong Pak Leng menjangkakan FBM KLCI akan meneruskan aliran kenaikannya selepas berjaya melepasi paras 1,500, semalam.

“Kami menjangkakan indeks itu akan bergerak dalam jajaran 1,500-1,515 apabila sentimen pasaran semakin pulih.

“Pada masa sama, kami juga mendapati aktiviti pembelian kembali bertumpu kepada syarikat-syarikat berkaitan logistik yang terbukti mencatat prestasi lebih baik sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik dua sen kepada RM8.96, CIMB dan Hong Leong Bank masing-masing meraih satu sen kepada RM5.38 dan RM20.88 manakala Public Bank dan IHH Healthcare kekal pada RM4.65 dan RM6.48.

Bagaimanapun, Petronas Chemicals dan Tenaga Nasional susut dua sen kepada RM8.76 dan RM8.56.

Bagi saham aktif, Theta dan Hibiscus masing-masing naik dua sen kepada 98 sen dan 86 sen, Bintai dan G3 Global tidak berubah masing-masing pada 10 sen dan tiga sen manakala Unique Fire turun satu sen kepada 24.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas berkurangan 0.03 mata kepada 10,683.01, Indeks FBMT 100 susut 5.11 mata kepada 10,426.12, Indeks FBM Emas Syariah turun 10.24 mata kepada 10,799.87, FBM 70 merosot 23.44 mata kepada 12,774.51 dan FBM ACE berkurangan 19.76 mata kepada 4,929.34.

Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 35.96 mata kepada 16,811.98, Indeks Perladangan naik 2.04 mata kepada 7,158.29 manakala Indeks Tenaga meraih 1.84 mata kepada 660.76 namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.4 mata kepada 183.62.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Sesi dagangan Bursa berakhir rendah pada tengah hari
December 13, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Popular
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok