Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan

August 11, 2022 · Isu semasa

Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri antara 25 individu ditahan polis ketika sedang leka ‘berparti liar’ di sebuah banglo mewah di Janda Baik, Bukit Tinggi di Bentong, awal pagi tadi.

Lelaki berusia 46 tahun terbabit dan semua individu itu dipercayai menyewa banglo berkenaan untuk berparti sambil mengambil dadah.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong selepas menerima maklumat awam, kira-kira jam 1 pagi.

“Dalam serbuan dilakukan, polis berjaya menahan 15 lelaki dan 10 wanita termasuk lapan warga asing yang kesemua mereka berusia antara 18 hingga 64 tahun.

“Polis turut merampas dadah jenis ketamin seberat 2.18 gram dan pil ekstasi seberat 1.43 gram dianggarkan nilai keseluruhan rampasan RM800.

“Salah seorang daripadanya adalah seorang lelaki bergelar Datuk Seri berusia 46 tahun dan buat masa ini, kita sedang mengenal pasti siapa penganjur parti berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, siasatan mendapati banglo berkenaan disewa khas untuk penganjuran parti liar berkenaan dengan harga RM15,000.

“Hasil ujian saringan awal air kencing, keputusan menunjukkan semua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Semua suspek kini direman empat hari bermula hari ini hingga 14 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu dadah dan mengambil tindakan tegas.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
18 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok