Mahkamah tolak permohonan MP Labuan dalam kes pertuduhan terima suapan

August 11, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menolak permohonan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya iaitu menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan untuk Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM).

Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain, yang menolak permohonan itu berkata, mahkamah mendapati pertuduhan terhadap Rozman selaku pemohon adalah sah di sisi undang-undang dan tidak cacat, lapor Bernama.

“Pendakwaan sudah melaksanakan budi bicaranya ujian undang-undang dan bukti keterangan yang menghasilkan izin untuk mendakwa. Cerita politik pemohon adalah lain dan berasingan daripada bukti hasil siasatan yang menyebabkan pertuduhan itu. Pemohon mempunyai peluang untuk mempertahankan kedudukannya jika tidak bersalah.

“Jika motif berunsur politik untuk mendakwa itu satu pembelaan kepada pertuduhan atau ada kena-mengena dengan kredibiliti saksi, maka tertuduh ada peluang untuk menyangkal kes pendakwaan kelak. Akan tetapi di tahap ini, ia adalah pramatang untuk membatalkan pertuduhan.

“Mahkamah akan memutuskan sama ada pertuduhan berjaya atau gagal dibuktikan terhadap pemohon setelah mendengar keterangan semua saksi.

“Oleh itu, mahkamah ini tidak boleh membenarkan permohonan ini dan kes ini perlu diteruskan dengan perbicaraan yang ditetapkan di Mahkamah Sesyen sebelum ini,” katanya.

Sehubungan dengan keputusan itu, perbicaraan kes yang dijadualkan hari ini dan esok di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob diteruskan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Feisal Mohd Azmi, manakala peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Rozman.

Sebelum ini, Muhammad Rafique berhujah, mahkamah mempunyai kuasa sedia ada untuk membatalkan atau mengetepikan pertuduhan yang dikenakan terhadap Rozman iaitu pertuduhan itu adalah berniat jahat dan bersifat penindasan, selain penyalahgunaan proses mahkamah serta berunsur politik.

Sementara itu, Ahmad Feisal berhujah, pertuduhan yang dikenakan terhadap pemohon adalah terang dan jelas, malah pihak pendakwaan akan membuktikan semasa perbicaraan yang bermula pada 11 Ogos.

Pada 4 April lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob, menolak permohonan Rozman untuk membatalkan pertuduhan itu. Berikutan itu, pada 11 Mei lalu, Rozman sekali lagi memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi.

Rozman, 57, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi LLPM, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya, di antara 2.30 petang hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018, mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok