Kabinet arah SPRM segerakan siasatan skandal kapal tempur LCS

August 10, 2022 · Isu semasa

Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan siasatan terhadap kontrak pemerolehan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada masa sama berkata Kabinet juga bersetuju supaya Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), disiarkan kepada umum.

Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri berkata kerajaan memandang serius isu LCS yang sedang disiasat oleh SPRM.

“Perkara ini dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini. Kabinet memutuskan menggesa SPRM menyegerakan siasatan dan jika terdapat bukti kukuh, Peguam Negara perlu melakukan pendakwaan dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Saya telah memanggil Peguam Negara tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki selepas mesyuarat Jemaah Menteri untuk segera bertindak selaras dengan keputusan mesyuarat,” katanya.

Ismail Sabri berkata Kabinet juga mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada 2019 dinyahklasifikasikan.

Namun Perdana Menteri berkata, proses itu perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.

“Keputusan Jemaah Menteri hari ini tidak akan mengganggu proses mobilisasi di bawah Pelan Pemulihan LCS yang diputuskan Kabinet pada 20 April 2022,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata kerajaan komited untuk meneruskan projek LCS atas kepentingan pertahanan negara selaras dengan keperluan TLDM.

“Saya bagi pihak kerajaan memberi jaminan bahawa siasatan berhubung isu ini dijalankan dengan telus dan kerajaan tidak akan melindungi sesiapa pun yang terlibat,” katanya.

6 Ogos lalu, SPRM mengumumkan siasatan terhadap skandal LCS kini sudah pada peringkat akhir dan individu bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Azam Baki berkata kertas siasatan sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) dan pengumuman berhubung skandal kapal tersebut akan dibuat pada masa terdekat.

“Siasatan kini di peringkat akhir dan akan umumkan (hasil siasatan) bila sampai masanya, dalam tempoh terdekat.

“Ini kerana kita perlu berbincang dengan AGC dan sebagainya, baharulah kita boleh buat kenyataan (secara rasmi) kerana kenyataan berhubung kes ini adalah sensitif,” katanya.

Projek LCS bernilai RM9.128 bilion dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) oleh kerajaan yang diperintah Barisan Nasional dan UMNO melalui Kementerian Pertahanan pada 2011, dan mula berkuat kuasa pada 2013.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok