UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15

August 10, 2022 · Politik

Setiap bahagian UMNO di Sabah telah diminta mengemukakan lima nama berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata senarai nama itu perlu dikemukakan segera oleh 25 bahagian UMNO negeri dan individu yang dicadangkan perlu berwibawa, memenuhi kriteria dan boleh diterima rakyat.

Beliau berkata faktor boleh menang harus menjadi keutamaan dalam kriteria akhir pemilihan calon walaupun nama dicadangkan itu tidak memegang jawatan utama di peringkat bahagian parti.

“Dalam menentukan calon pada PRU ke-15 kali ini konsep WALI iaitu winnable atau boleh menang, acceptable atau boleh diterima, dan likeable atau disenangi menjadi garis panduan untuk meletakkan calon terbaik mewakili parti.

“Orang boleh terima tetapi belum tentu orang suka, jadi mesti mempunyai ketiga-tiga elemen (WALI) ini untuk menjadi seorang calon,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bung Moktar berkata personaliti calon juga menjadi elemen utama dilihat oleh rakyat dan ia juga harus menjadi kriteria utama untuk UMNO dan BN.

Beliau berkata senarai yang dikemukakan akan dinilai jawatankuasa khas berdasarkan kepada maklum balas rakyat peringkat akar umbi hasil daripada pemantauan satu pasukan khas parti di samping laporan dari agensi berkaitan turut dinilai untuk menentukan calon benar-benar layak. – Bernama

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Zahid kekal Presiden, cikgu boleh tarik nafas lega
January 16, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok