Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan

August 9, 2022 · Isu semasa

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony dibebaskan daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu, hari ini (Selasa, 9 Ogos).

Bekas Naib Presiden Warisan itu, yang kini mengetuai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), juga dilepaskan atas tuduhan bersubahat dengan peguam dalam melakukan pecah amanah jenayah (CBT).

Hakim Abu Bakar Manat melepas dan membebaskan Anthony selepas pihak pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan mahkamah bahawa terdapat perkembangan baharu dalam kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah memaklumkan bahawa surat representasi yang dikemukakan sebelum ini oleh Anthony telah diterima oleh Ketua Peguam Persekutuan dan meminta mereka dilepaskan tanpa dibebaskan daripada semua enam pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Martin Tommy meminta pelepasan dan pembebasan, yang dipersetujui oleh mahkamah.

Anthony didakwa atas kesalahan itu pada 11 Jun 2020, dan dia mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Anthony didakwa terlibat secara tidak langsung dalam dana pengubahan wang haram berjumlah RM1.75 juta pada 25 Julai dan menerima RM2 juta pada 4 Ogos 2014.

Pertuduhan ketiga, keempat dan kelimanya adalah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Untuk ini, dia dituduh menerima RM500,000 pada 5 September 2014; RM400,000 pada 7 Disember 2015; dan RM4.1 juta antara 20 November 2015 dan 18 Januari 2016.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok