PM hanya ambil kira pandangan parti sendiri, bukan pandangan bersama: PAS

August 6, 2022 · Politik

Pandangan UMNO lebih menjadi keutamaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tidak mengambilkira pandangan bersama parti lain dalam kerajaan.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO itu hanya memikirkan kepentingan partinya dalam melaksanakan dasar penting kerajaan, ia termasuk berhubung isu pembubaran Parlimen.

“Perdana Menteri baru-baru ini sudah mengumumkan kerjasama dengan parti pembangkang melalui Memorandum Persefahaman (MoU) tamat pada 31 Julai lalu .

“Beliau juga menyebut perkara itu (penamatan kerjasama dengan pembangkang) adalah isyarat daripada kepemimpinan parti yang disampaikan kepadanya.

“Ertinya, Perdana Menteri mengambil kira pandangan partinya sendiri untuk melaksanakan dasar penting termasuk dalam soal pembubaran Parlimen dan bukan pandangan bersama PN termasuk PAS, yang mana kita hormati haknya sebagai Perdana Menteri apabila menjadikan pandangan UMNO sebagai keutamaan,” katanya dipetik laporan media.

Fadhli terdahulu merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kali ke-42 di Pusat Pengajian Darul Hadis, di Tasek Gelugor hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga berkata PAS beranggapan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) belum sesuai diadakan kerana negara baharu sahaja beralih ke Fasa Peralihan Endemik.

“Kita berharap PRU diadakan pada akhir penggal kerana pada masa ini dilihat kurang sesuai memandangkan kita baharu sahaja keluar daripada masalah Covid-19 yang kita dapat lihat rakyat masih menderita dan bergelut untuk bangkit dalam suasana ekonomi cukup mencabar.

“Bagaimanapun, mengambil kira tekanan hebat dihadapi Perdana Menteri ketika ini, PAS tidak mempunyai masalah jika PRU diadakan kerana kita bersiap sedia dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhli berkata, PAS mempunyai pelan B sekiranya UMNO masih lagi tidak berminat untuk menjalin apa-apa persefahaman dengan parti itu khususnya melalui Muafakat Nasional (MN).

“Melalui ucapan terkini Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa permuafakatan antara kedua-dua parti hanya boleh dilakukan selepas PRU-15 jelas menunjukkan tidak akan ada sebarang permuafakatan buat masa ini.

“Dalam hal ini, walaupun PAS masih berusaha untuk menjalinkan persefahaman atau rundingan (dengan UMNO) tetapi kita tetap bersedia untuk ‘the worst case scenario’ (berdepan situasi terburuk) jika tiada sebarang perundingan berlaku.

“Tapi, kalau ada perundingan atau persetujuan, itu lebih baik kerana ia akan memberi lebih tekanan kepada Pakatan Harapan (PH). Bagaimanapun, jika tiada apa-apa persetujuan pun kita tidak ada masalah dan kita akan terus juga menghadapi PRU-15,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Isham koyak, Annuar tak sebut individu dia pula terasa pedas
April 25, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok