BNS akan beri kerjasama dalam siasatan projek kapal tak siap

August 5, 2022 · Isu semasa

Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam melaksanakan semua langkah-langkah perlu bagi memastikan projek kapal tempur pesisir (LCS) siap, demi kepentingan pertahanan negara.

BNS dalam kenyataan berkata pihaknya mengalu-alukan laporan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) berhubung projek itu, lapor Bernama.

“Kami menghargai penemuan serta saranan yang diberikan oleh PAC dalam laporan mereka, dan kami menyokong sepenuhnya langkah pihak berkuasa yang mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam sebarang penyelewengan berkaitan pelaksanaan projek itu.

“Dalam tempoh semasa enam bulan mobilisasi, kami akan bekerja dengan gigih dalam libat urus dan berunding dengan pengeluar peralatan tulen (OEMs) dan vendor bagi memuktamadkan rancangan masa depan projek seperti yang dimahukan dan dikehendaki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” menurut kenyataan itu.

Menurutnya BNS juga bekerjasama dengan Jawatankuasa Tadbir Urus Khas yang dipengerusikan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk memastikan TLDM menerima LCS.

BNS juga berkata pihaknya telah melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah program transformasi yang sedang dijalankan untuk mengukuhkan perniagaan dan operasi mereka, di samping merekrut bakat-bakat baharu dan menyelaras sumber sedia ada,

“Kami juga telah meningkatkan penggunaan pendigitalan, terutamanya dalam pengurusan projek untuk menghapuskan ketirisan, dan memastikan integriti dan ketelusan dalam melaksanakan mandat yang diberikan oleh Kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
4 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok