Bukit Aman tentukan pertukaran anggota dalam siasatan: Polis Sarawak

August 4, 2022 · Isu semasa

Polis Sarawak menyerahkan keputusan bagi kajian semula pertukaran sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini kepada Bukit Aman, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Beliau berkata Kerajaan Negeri telah dimaklumkan semalam bahawa belum ada anggota yang dimaksudkan melaporkan diri di Kontinjen Polis Sarawak, lapor Bernama.

“Kita akan rujuk pada Bukit Aman (bagi mengkaji semula) dan kita biarkan Bukit Aman tentukan (keputusannya). Kita dah maklumkan pada kerajaan negeri dan juga statusnya (masih belum ada anggota melapor diri),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.

Semalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak dalam kenyataan berkata keputusan berhubung pertukaran sembilan anggota PDRM dipercayai terlibat dalam kes peras ugut di Gombak baru-baru ini, ke Sabah dan Sarawak akan dikaji semula oleh pucuk pimpinan PDRM.

Dalam pada itu, Azman berkata seramai 358 individu ditahan menerusi Operasi Tapis Khas yang dijalankan 27 hingga 29 Julai lepas, melibatkan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya hasil daripada maklumat orang awam, sejumlah 34 pokok ganja dirampas menjadikan ia rampasan ganja terbesar di negeri ini setelah tiga tahun.

Turut dirampas 131.47 gram syabu, 1.85 gram ganja dan 1.5 liter air ketum, dengan nilai keseluruhan rampasan dadah bernilai RM69,618.50.

Menurutnya, rampasan dadah tertinggi dilakukan di daerah Sibu iaitu RM56,420, diikuti Kuching (RM4,970.50) dan Miri (RM4,576).

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok