Taktik penipuan perdaya mangsa tawar Skim Bantuan Khas Covid-19

August 2, 2022 · Isu semasa

Tiga lelaki menjadi mangsa dipercayai modus operandi terbaharu penipuan yang menawarkan Skim Bantuan Khas Covid-19, hujung bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kesemua mangsa berumur antara 26 hingga 48 tahun menerima khidmat pesanan ringkas menawarkan bantuan khas berjumlah RM500 yang akan dikreditkan ke dalam akaun mereka selepas mengisi butiran peribadi melalui pautan diberikan, lapor Bernama.

“Bagaimanapun, setelah mangsa mengisi kesemua butiran yang diperlukan, mereka mendapati baki (wang) dalam akaun masing-masing berkurangan. Kerugian dicatatkan kesemua mangsa berjumlah RM4,550,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman menerima laporan daripada ketiga-tiga mangsa berhubung kejadian itu dari 28 hingga 30 Julai lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Azmi berkata Kementerian Kesihatan juga telah memaklumkan bahawa ia tidak pernah menghantar sebarang pesanan berkaitan pemberian bantuan kewangan berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan melayari Twitter MySejahtera untuk mendapatkan pengesahan berkenaan skim bantuan berkenaan atau membuat semakan terus dengan kementerian atau agensi bertanggungjawab.

“Bagi mengelakkan ditipu, orang ramai diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memuat turun pautan yang tidak diketahui kesahihannya serta jangan sesekali mendedahkan butiran peribadi kepada pihak ketiga,” katanya.

Sementara itu, di Petaling Jaya seorang Eksekutif Akaun wanita rugi RM428,000 selepas menjadi mangsa “Love Scam” lelaki tempatan yang mengaku bekerja sebagai jurutera petroleum dan pemilik sebuah syarikat di Singapura.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata mangsa berusia 41 tahun berkenalan dengan suspek pada Ogos 2021 menerusi Facebook sebelum meneruskan perbualan di aplikasi WhatsApp dengan suspek menggunakan nombor telefon antarabangsa.

“Pada Oktober tahun lepas, mangsa diperdaya kononnya syarikat suspek mengalami masalah kewangan sebelum memindahkan RM5,000 ke akaun dipercayai milik peguam suspek.

Sepanjang berhubungan, mangsa telah membuat 47 transaksi ke empat akaun bank berbeza sebelum sedar telah ditipu dan memaklumkan perkara itu kepada keluarganya. Mangsa membuat laporan polis semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan setiap perkenalan dalam talian dan tidak terpedaya dengan janji-janji manis “sahabat alam maya”.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok