Bicara kes SM Faisal pukul bekas isteri ditangguh 8 Sept

August 2, 2022 · Isu semasa

Perbicaraan kes ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi yang dijadualkan hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, ditangguhkan ke 8 Sept.

Majistret Nadia Othman menetapkan 8 Sept untuk menyambung perbicaraan selepas Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin memaklumkan bahawa pihak-pihak telah bersetuju supaya tarikh baharu ditetapkan, lapor Bernama.

“Tarikh-tarikh yang dipersetujui oleh pihak pendakwaan dan pembelaan ialah pada 8, 12 dan 14 Sept; 14 dan 26 Okt serta 17 dan 18 Nov,” kata Nur Aishah.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal mengesahkan perkara itu.

Ketika ditemui media di luar mahkamah, Nur Aishah berkata sepatutnya perbicaraan diteruskan dengan saksi pendakwaan pertama iaitu anak lelaki kepada SM Faisal dan Emilia, yang berusia 15 tahun menyambung keterangannya hari ini dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.

“Bagaimanapun, perbicaraan hari ini dilapangkan berikutan majistret yang mendengar kes ini berdepan dengan hal kecemasan,” kata Nur Aishah.

SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emila, 43, yang ketika kejadian merupakan isterinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 Nov 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok