Isu ‘Prof K’: UUM tutup akaun FB selepas diserang bertubi-tubi

April 30, 2021 · Isu semasa

Universiti Utara Malaysia (UUM) dipercayai menutup sementara akaun laman Facebooknya (FB) selepas bertubi-tubi ‘diserang’ netizen yang marah dengan kenyataan seorang profesor yang bertugas di universiti itu.

Semakan Agenda Daily mendapati akaun FB UUM di alamat https://www.facebook.com/universitiutaramalaysia yang diletakkan di laman web universiti berkenaan sudah ditutup beberapa jam lalu.

Demikian juga laman FB Universiti Utara Malaysia (Official FB) tidak lagi dapat diakses – sama ada dinyah aktif terus atau ditutup sementara untuk memastikan isu panas itu reda.

Setakat ini, UUM belum membuat sebarang kenyataan berhubung penutupan laman FB itu atau berkaitan tenaga pengajar mereka yang mencetuskan kontroversi, Kamarul Zaman Yusoff.

Terdahulu Kamarul Zaman didakwa memuat naik kenyataan di dalam FBnya yang dianggap menghina Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Susulan daripada itu, laman FBnya diserang hebat pengguna media sosial yang memberikan pelbagai komen dan teguran, sebelum akaunnya juga tidak dapat diakses, dikatakan disekat sementara oleh Facebook.

Selepas FB Kamarul Zaman tidak dapat diakses, pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dikatakan beralih melakukan serangan bertali arus dalam FB UUM menerusi hantaran terbaharu berkaitan ucapan sempena Nuzul Quran.

Sambil mendakwa dia menjadi mangsa pembohongan, Kamarul Zaman juga menafikan dia memuat naik catatan Facebook bertajuk ‘Wayang opera Cina DAP sekali lagi?’ yang kononnya turut mengandungi gambar Raja Muda Perlis memakai pelitup muka sedang berbasikal.

Namun, beberapa pihak sempat melakukan tangkap layar kirimannya.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023· Isu semasa
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok