Pasangan suami isteri ditahan disyaki dera kanak-kanak perempuan

July 22, 2022 · Isu semasa

Sepasang suami isteri ditahan di Beranang, Hulu Langat, di sini bagi membantu siasatan kes dera melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pasangan terbabit ditahan di rumah mereka pada 2.30 pagi selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 12.14 tengah malam tadi, lapor Bernama.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan berkenaan didakwa dipukul dan dipaksa memakan nasi sehingga termuntah.

“Siasatan juga mendapati kejadian disebabkan kanak-kanak yang dikatakan hiperaktif itu tidak suka makan nasi dan pasangan terbabit memaksanya untuk telan nasi sehingga termuntah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata kanak-kanak itu dikatakan dipukul pasangan terbabit menggunakan penyangkut pakaian, kayu penyapu dan dicucuh dengan pemetik api.

Beliau berkata pemeriksaan oleh doktor di Hospital Kajang mengesahkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Mohd Zaid berkata kanak-kanak itu merupakan anak seorang wanita Indonesia dan kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Kanak-kanak itu diserahkan kepada pasangan terbabit pada April lepas kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya,” katanya.

Beliau berkata wanita berusia 28 tahun itu dan suaminya warga Singapura berusia 30-an direman sehingga 28 Julai. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001.

Berita berkaitan
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Malaysia dicadang ikut Rusia, perkenal undang-undang anti-LGBTQ
June 12, 2023· Isu semasa
Kes Bella: Siti Bainun kena penjara 12 tahun
May 3, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Selepas 4 bulan jadi ADC PM, Ezanee mohon kembali bertugas bersama pasukan
April 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok