Selepas JAWI, kini polis sahkan siasat wanita hina Islam di kelab

July 10, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sebuah video tular yang menyaksikan seorang wanita didakwa menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pihaknya menerima laporan berhubung video itu hari ini dan siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaaan (melukakan perasaan umat Islam) itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, lapor Bernama.

“Kes berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertindak menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Noorsiah meminta orang ramai agar tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tular sebuah video di aplikasi TikTok milik pengguna akaun @mie_8099 yang memperlihatkan seorang wanita membuka tudung dan baju kurung yang dipakainya selepas memperkenalkan diri sewaktu membuat persembahan di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail, di sini.

Menerusi klip video berdurasi 53 saat itu, wanita berkenaan turut mengakui statusnya sebagai orang Melayu dan beragama Islam selain telah menghafal 15 juzuk al-Quran.

Sehubungan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan hari ini dilaporkan turut menjalankan siasatan berhubung klip video terbabit.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok