Pemandu lori rempuh 11 kereta di tambak Johor ada 33 saman lampau

July 8, 2022 · Isu semasa

Pemandu lori yang merempuh 11 kenderaan di Tambak Johor semalam mempunyai 33 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berusia 34 tahun itu juga mempunyai enam saman yang masih belum dijelaskan, menurut laporan Bernama.

“Saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif terhadap dadah,” katanya yang dihubungi hari ini.

Pemandu tersebut kini direman tiga hari bermula hari ini dengan perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru Melody Woon Sze Mun.

Terdahulu, lelaki itu yang memakai kemeja-T berwarna hitam dan berseluar jeans biru, tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru dalam keadaan bergari kira-kira 10 pagi.

Semalam, polis menahan seorang pemandu lori warga tempatan yang terlibat dalam kemalangan tersebut pada 1.15 tengah hari.

Hasil siasatan mendapati kemalangan pada 9.25 pagi itu berpunca daripada masalah teknikal yang dialami lori membawa muatan habuk batu berkenaan.

Raub dilaporkan berkata enam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan kenderaan tempatan manakala enam lagi kenderaan asing.

Selain lori tersebut, sembilan kenderaan lain adalah kereta manakala masing-masing satu van dan bas.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
13 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok