Hina PM, aktivis politik dibebas dengan ikat jamin RM14,000

July 7, 2022 · Isu semasa

Seorang aktivis politik, Jufazli Shi Ahmad dibebaskan dengan ikat jamin RM14,000 hari ini.

Jufazli yang merupakan bekas calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Papat, Sabah dituduh atas kesalahan membuat komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan terpaksa menggadai emas kerana tidak cukup wang untuk membayar wang jaminan.

Menurut laporan, peguam mewakili Jufazli, Rajsurian Pillai memaklumkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan anak guamnya diikat hamin dan sudah keluar daripada lokap pukul empat petang tadi setelah penjamin yang juga adiknya menyelesaikan bayaran berkenaan.

Rajsurian berkata, penjamin menyelesaikan bayaran dengan terpaksa menggadai barang kemas selain wang tambahan daripada ahli keluarga setelah nilai gadaian tidak mencapai kadar ikat jamin ditetapkan.

“Jurubahasa mahkamah sahkan Jufazli sudah diikat jamin dan keluar petang tadi. Pagi tadi, adik dia pergi pajak gadai emas. Selepas itu, bakinya penjamin minta dengan ahli keluarga lain.

“Lewat petang semalam pegawai-pegawai penyiasat daripada Bukit Aman maklum Jufazli dituduh hari ini. Jadi, saya suruh ahli keluarganya sediakan antara RM10,000 hingga RM15,000 duit jaminan.

“Buat masa ini, pihak pembelaan menunggu dokumen daripada pihak pendakwa raya dahulu dan akan memikirkan tindakan selanjutnya,” katanya menurut laporan Utusan.

Pagi tadi, Jufazli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan termasuk membuat komunikasi jelik terhadap Ismail Sabri dan UMNO menggunakan aplikasi Tiktok dan Youtube.

Mengikut dua pertuduhan pertama, bekas ahli DAP itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik, telah memuat naik dua video dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan Tik Tok atas nama ‘King Maker’ dan YouTube ‘King Maker Politik’ pada 23 dan 27 Jun lalu, pukul 3 petang.

Ia merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama. Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Bagi dua pertuduhan lain, dia didakwa gagal memberi capaian kepada data berkomputer yang disimpan dalam telefon bimbit iaitu gagal memberi kata laluan kepada laman profil Tik Tok atas nama ‘King Maker’ dan YouTube ‘King Maker Politik’ yang diminta oleh pihak polis.

Pada 2019, Jufazli pernah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung ‘serangannya’ terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menuduh melakukan pelbagai jenayah termasuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pemuda berasal dari Semporna itu pernah menyiarkan videonya secara langsung di Facebooknya menunjukkan empat anggota polis cuba menahannya pukul empat pagi di Cheras.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok