Waspada Covid ketika ziarah ahli keluarga sambut Aidiladha: Khairy

July 7, 2022 · Isu semasa

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai agar terus berwaspada ketika menziarahi ahli keluarga mereka menjelang sambutan Hari Raya Korban hujung minggu ini bagi membendung peningkatan kes harian Covid-19.

Khairy menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau hari ini berkata orang ramai perlu memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup dan sesak selain mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek – Uji, Lapor, Asing, Maklum, Dapatkan Rawatan).

“Lakukan ujian kendiri sebelum balik kampung,” katanya.

Beliau berkata sambutan Aidilfitri lepas menyaksikan bilangan kes harian Covid-19 meningkat kepada 3,410 kes pada 12 Mei yang antara lain berpunca daripada peningkatan kadar pergerakan dalam masyarakat dan aktiviti berkumpulan.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 10 Julai ini (Ahad).

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam (Rabu, 6 Julai 2022) melonjak melepasi 3,000 kes, dengan lima lagi kematian direkodkan di empat negeri.

KKM memaklumkan dalam tempoh 24 jam semalam sebanyak 3,561 jangkitan baharu direkodkan, meningkat mendadak berbanding 2,932 kes pada Selasa.

Data laman sesawang Github KKM juga menunjukkan, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,585 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Ia diikuti dengan 654 kes melibatkan penerima dua dos; 296 kes (individu yang tidak divaksinasi); dan 26 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok