Baling bah: Muhyiddin arah Bersatu hantar bantuan segera

July 5, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengarahkan jentera parti turun ke lapangan membantu mangsa banjir di Baling sejak semalam.

Pada masa sama Bersatu juga menyokong supaya kawasan kritikal di beberapa kampung di Baling yang terjejas akibat banjir diisytiharkan sebagai kawasan Darurat Bencana Tahap I dan II.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata beberapa bahagian Bersatu kini sudah berada di Baling untuk memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang terkesan.

Menurutnya Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah Datuk Suhaimi Abdullah telah menggerakkan Pusat Operasi Bencana Bersatu Negeri dan melakukan koordinasi bantuan bersama pihak-pihak lain.

“Jentera Bersatu Bahagian Baling yang diketuai Mohd Taufik Yaacob pula telah bersama dengan rakyat setempat dan terlibat dalam operasi bantuan sejak bencana bermula, termasuk bersama Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Saya merakamkan penghargaan kepada jentera kerajaan negeri Kedah, agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, dan semua sukarelawan Bersatu yang terlibat dalam pengurusan musibah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Saiful harap agar pihak yang berkenaan mengambil keputusan segera terhadap cadangan Menteri Besar supaya kawasan terbabit diisytihar kawasan Darurat Bencana.

Sementara itu, Kerajaan Negeri akan membantu menyediakan penempatan sementara kepada penduduk daripada sembilan rumah yang musnah dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Kupang, Baling.

Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri akan menyewa beberapa rumah untuk didiami, sementara mangsa terlibat dapat mengusahakan membina rumah baharu di tapak yang selamat.

“Keseluruhannya ada 627 mangsa banjir daripada 12 kampung dilaporkan terjejas. Sembilan rumah hanyut sama sekali, hanya tinggal tapak, lima buah rumah rosak teruk manakala selebihnya dimasuki air dan mengalami kerosakan harta benda.

“Untuk sembilan rumah itu, Kerajaan Negeri akan bantu sediakan penempatan sementara, sewakan beberapa rumah untuk didiami sementara nak usahakan gantian,” katanya hari ini.

Beliau berkata pembinaan rumah baharu di tapak asal rumah yang dihanyutkan adalah tidak selamat memandangkan sungai yang sebelum ini dalam, telah menjadi cetek.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
4 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok