UMNO ada strategi lain jika RoS tak lulus pindaan, kata Ahmad Maslan

July 5, 2022 · Politik

UMNO mendakwa mempunyai pelan strategi seterusnya jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan pindaan perlembagaan bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pelan tersebut kerana masih di bawah perancangan parti.

Namun katanya, UMNO masih mengharapkan satu keputusan positif agar pindaan yang diterima sebulat suara perwakilan parti dibenarkan oleh RoS.

“Sehingga kini, kami masih menunggu kata putus RoS yang dikatakan akan dibuat sebelum 16 Julai ini.

“Malah UMNO telah menyerahkan segala dokumen dan keperluan seperti mereka kehendaki,” katanya menurut Utusan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan RoS mempunyai masa sehingga 16 Julai untuk meluluskan pindaan perlembagaan UMNO bagi menangguhkan pemilihan parti berkenaan.

Pada Jun tahun lalu, UMNO dibenarkan menangguhkan pengundiannya selama 18 bulan sehingga 29 Disember tahun ini susulan pandemik Covid-19.

Pada 15 Mei 2022 pula, Perhimpunan Agung Khas UMNO melibatkan 2,586 perwakilan dari 192 bahagian sebulat suara meluluskan resolusi untuk meminda perlembagaan parti.

Pindaan itu membolehkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO diberi dua pilihan di bawah Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO, sama ada untuk melanjutkan selama 18 bulan tempoh pemilihan parti, atau dalam tempoh enam bulan selepas PRU selesai diadakan.

Keputusan pindaan itu kemudian diserahkan kepada RoS untuk disemak dan diteliti dengan agensi itu mempunyai tempoh sehingga 60 hari untuk menerima atau mengemukakan maklum balas selainnya.

1 Julai lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Nazri Aziz berkata UMNO mempunyai enam bulan untuk mengadakan pemilihannya melainkan RoS meluluskan pindaan perlembagaan itu.

Jika usaha UMNO untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkan pemilihan dalaman diadakan selepas PRU akan datang diluluskan oleh RoS, bermakna barisan pemimpin semasa akan kekal.

Bagaimanapun Nazri berkata penolakan RoS baru-baru ini terhadap permohonan Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menangguhkan pemilihannya, menunjukkan nasib yang sama mungkin menimpa UMNO.

“Menurut undang-undang, penggal tiga tahun MT berakhir pada Jun 2021, yang bermakna pemilihan sepatutnya diadakan tahun lepas.

“Tetapi UMNO diberi tempoh 18 bulan dan tarikh tamat pada Disember ini. Sekarang, kita minta penangguhan lagi. Jika permohonan Warisan ditolak, saya tidak nampak sebab UMNO akan terkecuali,” kata Nazri.

Sementara itu, mengulas lanjut Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menafikan lima kepemimpinan tertinggi UMNO masih belum duduk berbincang tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15 meskipun ketetapan itu dikemukakan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Mac lalu.

Beliau mendakwa perbincangan tersebut baharu sahaja berlangsung ketika mesyuarat MT pada 24 Jun lalu.

“Mereka dah banyak bincang, tetapi saya tidak tahu apakah butiran perbincangannya kerana saya bukan dalam kalangan lima jawatan tertinggi parti,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Isham koyak, Annuar tak sebut individu dia pula terasa pedas
April 25, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok