Banjir di Baling, MB mahu darurat bencana diisytihar bagi percepatkan bantuan

July 5, 2022 · Isu semasa

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau mahu seboleh-bolehnya kawasan yang kritikal di beberapa kampung yang terjejas banjir di Baling diisytiharkan sebagai kawasan Darurat Bencana Tahap I atau II selari dengan situasi dan bidang kuasa yang ada.

Beliau berkata pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan (belanja kecemasan) berdasarkan bajet sedia ada di agensi masing-masing, lapor Bernama.

“Menurut Arahan MKN20, kuasa mengisytiharkan Darurat Bencana (Tahap III) terletak di tangan Perdana Menteri atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP). Bagi Darurat Bencana Tahap I, ia boleh diisytiharkan oleh Pegawai Daerah selaku Pengarah JPBP.

“Perbelanjaan atas sebab kecemasan akan memudahkan agensi segerakan semua langkah yang perlu untuk memperbaiki infrastruktur yang rosak dan memulihkan keperluan dan kemudahan asas penduduk terlibat,” katanya menerusi catatan dalam akaun Facebooknya.

Bagaimanapun, katanya perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pagi ini yang akan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim selaku Pengarah JPBN.

“Pada pukul 10 pagi, Ketua Polis Daerah selaku Pengarah Operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) akan memberikan taklimat awal operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Saya juga dimaklumkan pihak bomba akan turut menggunakan khidmat helikopter untuk meninjau keadaan dari udara bagi memberi gambaran lebih jelas kesan dan punca-punca bencana,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata beliau dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa hujan lebat yang mencurah di daerah Baling menyebabkan air sungai melimpah dan taburan hujan yang disukat di semua pusat cerapan sepanjang sungai menunjukkan kapasiti hujan yang banyak.

Muhammad Sanusi berkata dakwaan penduduk yang mengesyaki beberapa tandak tadahan air masyarakat di Gunung Inas telah pecah juga akan disiasat oleh agensi terbabit dan Jabatan Perhutanan untuk menentukan kesahihannya.

“Buat masa ini, ia belum dapat disahkan. Saya doakan semua mangsa dapat bersabar dengan ujian ini dan semua agensi dan sahabat handai akan terus membantu kerana kita semua adalah bersaudara,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok